Konservatisme dalam politik Umno (Conservatism in UMNO politics)

Muhammad Takiyuddin Ismail, (2011) Konservatisme dalam politik Umno (Conservatism in UMNO politics). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 38 (1). pp. 57-80. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
181kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat

Abstract

Artikel ini membahaskan hubungan konservatisme di dalam politik Malaysia khususnya dalam praktik parti dominan, UMNO yang mengetuai Barisan Nasional (BN). Ia menyarankan bahawa penginstitusian konservatisme merupakan elemen fokal parti tersebut seperti yang tergambar jelas dalam karektor dan kelangsungannya sebagai sebuah parti yang sentiasa berusaha mengekalkan status quo. Hal ini diperjelaskan dengan lebih tepat melalui gagasan Nilai Asia yang mengandungi keselarian yang signifikan dengan ideologi konservatisme. Di bawah era Mahathir Mohamad (1981-2003), konservatisme diperkukuhkan menerusi kepercayaan bahawa perubahan atau pertukaran rejim boleh menganggu-gugat kestabilan dan proses pembangunan. Begitu pun, kajian mengenai konservatisme umumnya masih terabai dan tidak ada kajian sistematik pernah dilakukan berhubung penembusan konservatisme dalam psikologi politik UMNO. Dengan melihat kepada persoalan tentangan terhadap perubahan yang berlaku dalam era Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009), kajian mengenai konservatisme boleh diketengahkan sebagai kerangka teoritikal dalam memahami dinamika intra-elit UMNO dalam menghadapi reformasi politik

Item Type:Article
Keywords:Konservatisme; UMNO; Mahathir Mohamad; Abdullah Ahmad Badawi
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:2381
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:01 Aug 2011 06:50
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page