Rumah kedai bersejarah pekan lama Kimanis (1939 - 2021) kajian ke atas kemusnahan semula jadi

Baszley Bee Basrah Bee, and Zainuddin Baco, (2024) Rumah kedai bersejarah pekan lama Kimanis (1939 - 2021) kajian ke atas kemusnahan semula jadi. Jurnal Arkeologi Malaysia, 37 (1). pp. 1-23. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/i...

Abstract

Kajian ini adalah mengenai bangunan rumah kedai bersejarah di Pekan Lama Kimanis yang telah musnah akibat faktor semula jadi iaitu angin ribut dan dimangkinkan lagi oleh faktor kemerosotan struktur bangunan yang tidak ada usaha pemuliharaan. Objektif kajian ialah menbincangkan faktor utama yang menyebabkan berlaku keruntuhan keseluruhan struktur bangunan kedai. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian arkib untuk mendapatkan data berkaitan dengan sejarah pembinaan dan kajian arkeologi lapangan untuk menilai tahap kemerosotan struktur dan bahan binaan. Dapatan kajian ini ialah tahap kemerosotan sturuktur bangunan berlaku kerana bahan binaannya yang mula mereput, beban bahan binaan baru yang digunakan dalam pengubahsuaian tidak mengikut jenis bahan asal dan tanpa pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Daerah Papar. Ketidakstabilan struktur bangunan menyebabkan hentaman angin dengan kekuatan Kategori 2 pada 12 Oktober 2021 meruntuhkan keseluruhan bahagian bangunan dua tingkat kedai. Pada tahun 2022 keseluruhan rangka runtuhan bangunan ini telah dilupuskan oleh PBT Daerah Papar. Kajian ini amat penting sebagai penanda aras kepada kajian penilaian atau post-mortem jika kemusnahan berlaku ke atas bangunan lain, khususnya di Sabah pada masa depan dan kepentingan memulihara bangunan rumah kedai bersejarah lain yang masih wujud.

Item Type:Article
Keywords:Bangunan rumah kedai bersejarah; Bencana alam; Angin; Pemuliharaan Kimanis
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:23829
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:10 Jul 2024 06:48
Last Modified:10 Jul 2024 06:48

Repository Staff Only: item control page