Isu dan penyelesaian: konflik pemisah di selatan Thailand (Separatist Conflict in Southern Thailand: Issues and Resolutions)

Che Mohd Aziz Yaacob , (2011) Isu dan penyelesaian: konflik pemisah di selatan Thailand (Separatist Conflict in Southern Thailand: Issues and Resolutions). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 38 (1). pp. 13-34. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
164Kb

Official URL: http://www.ukm.my/jebat

Abstract

Pergolakan yang muncul pada tahun 2004 lalu di Patani merupakan rentetan peristiwa konflik antara orang Melayu Islam Patani dengan kerajaan Thailand yang bermula sejak ratusan tahun dahulu. Sepanjang tempoh itu, pelbagai perubahan dalam pendekatan penyelesaian konflik dilakukan oleh kerajaan Thailand khususnya antara era pemerintahan Raja Chulalongkhorn dan pemerintahan sekarang yang diketuai oleh Abihisit Vijajiva. Pelbagai pendekatan yang telah digunakan tetapi masih lagi belum berjaya membawa keamanan di Patani. Justeru, keadaan ini menimbulkan tanda tanya apabila sepanjang perlaksanaannya bukan sahaja tidak membawa keamanan malahan konflik dilihat semakin meruncing dan tidak terkawal disamping menimbulkan isu-isu baru. Dengan kata lain, pendekatan kerajaan Thailand yang bertujuan untuk menyelesaikan isu utama (kemerdekaan) telah menimbulkan isu-isu lain (identiti, ekonomi, pendidikan dan hak asasi manusia) yang membangkitkan lagi semangat OMIP untuk terus memberontak. Oleh itu, penulisan akan membincangkan bentuk-bentuk pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Thailand khusus antara tahun 1960an sehingga sekarang, tahun 2011. Melalui pendekatan konflik politik yang menggunakan teori pengurusan dan penamatan konflik akan mengupas hasrat disebalik pendekatan-pendekatan penyelesaian konflik yang dilaksanakan di wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala ini. Perbincangan utama adalah pendekatan dan dasar kerajaan Thailand di Patani yang memberi kesan yang negatif dan menimbulkan isu-isu lain.Melalui penganalisaan, kemungkinan terdapat perkara yang tidak jelas yang cuba disembunyikan dalam hal ini khususnya peranan yang dimainkan oleh kerajaan Thailand dalam menangani isu-isu yang timbul.

Item Type:Article
Keywords:Konflik Patani; Kerajaan Thailand; Orang Melayu Islam Patani; dasar-dasar; isu-isu dan pemberontakan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:2384
Deposited By:Mr Azam
Deposited On:01 Aug 2011 15:08
Last Modified:19 Aug 2011 09:02

Repository Staff Only: item control page