Ketagihan skrin dalam kalangan belia di Lembah Klang

Mohd Azul Mohamad Salleh, and Arena Che Kasim, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, and Mohamad Adli Baco, and Muhammad Nur Imran Nor Arzami, (2024) Ketagihan skrin dalam kalangan belia di Lembah Klang. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 40 (1). pp. 286-303. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
279kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1644

Abstract

Dalam era digital, teknologi adalah satu alat yang penting dalam kehidupan harian dan memberi kesan kepada pengguna seperti memudahkan kerja seharian, menjimatkan masa kemudahan komunikasi dan juga isu ketagihan. Ketagihan teknologi menjadi fenomena yang membimbangkan dan memberikan impak negatif kepada kehidupan sehari-hari. Kebergantungan kepada penggunaan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit, gajet-gajet dan aplikasi di internet membawa kepada fenomena ketagihan skrin. Ketagihan skrin merujuk kepada kebergantungan dan taksub secara fizikal kepada teknologi komunikasi seperti telefon pintar untuk melayari internet dan mengguna aplikasi media sosial bagi tujuan berkomunikasi, berkongsi maklumat dan kandungan dengan pelbagai pengguna yang lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji ketagihan skrin dalam kalangan belia di Lembah Klang. Kaedah kajian secara kuantitatif mengguna soal kaji selidik dalam kalangan belia Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Seramai 400 responden terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah Ketagihan Skrin (Screen Addiction Test) diadaptasi daripada instrumen Internet Addiction Test (IAT) dan juga instrumen Smartphone Addiction Inventory (SPAI) bagi mengukur tahap ketagihan skrin berdasarkan hubungan berorentasikan media sosial, keutamaan, kemerosotan fungsi diri, tingkah laku kompulsif, kebergantungan dan sikap kehidupan beragama. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS26). Kajian mendapati ketagihan skrin dalam kalangan belia di Lembah Klang berada pada min yang tinggi. Analisis Ujian T-sampel bebas mendapati tiada perbezaan yang signifikan ketagihan skrin mengikut jantina. Justeru itu, ketagihan skrin dalam kalangan belia adalah tinggi disebabkan kepelbagaian keperluan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam kehidupan seharian belia.

Item Type:Article
Keywords:Ketagihan skrin; Ketagihan internet; Belia, Komunikasi; Media sosial
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:23840
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:10 Jul 2024 11:32
Last Modified:12 Jul 2024 06:52

Repository Staff Only: item control page