Kepimpinan rohani: perkaitan kualiti komunikasi kepimpinan Mahathir Mohamad dengan falsafah Hindu

S. Maartandan Suppiah, and Prakash Velloo, and Ammar Redza Ahmad Rizal, and S. Maartandan Suppiah, Kepimpinan rohani: perkaitan kualiti komunikasi kepimpinan Mahathir Mohamad dengan falsafah Hindu. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 40 (1). pp. 304-323. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
279kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1644

Abstract

Kajian ini meneroka komunikasi kepimpinan Mahathir Mohamad berdasarkan persepsi pemimpin pendapat Hindu Malaysia berdasarkan kerangka kepimpinan rohani. Walaupun sering dikritik kerana menyokong masyarakat majoriti, Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri keempat (1981-2003), telah membawa pembangunan yang signifikan kepada Malaysia termasuk minoriti iaitu penganut Hindu Malaysia. Walaupun banyak kajian dijalankan memfokuskan komunikasi kepimpinan beliau, namun terdapat kekurangan kajian dalam konteks komuniti majoriti-minoriti berdasarkan kerangka kepimpinan rohani. Berdasarkan temu bual mendalam yang dijalankan melibatkan 23 pemimpin pendapat beragama Hindu, penyelidikan ini mengkaji kualiti komunikasi kepimpinan Mahathir Mohammad dan kerelevanannya dengan falsafah agama Hindu. Data yang dikumpul dianalisis secara tematik dengan menggunakan perisian NVIVO 14. Penyelidikan ini menyumbang kepada perspektif baharu dalam komunikasi kepimpinan berdasarkan kepimpinan rohani dalam masyarakat majmuk terutamanya komunikasi kepimpinan antara komuniti majoriti dan minoriti dalam konteks masyarakat majmuk; dan tafsiran kritis terhadap peranan agama Hindu (falsafah Hindu) dalam memudahkan proses komunikasi kepimpinan ke arah perubahan sosial antara komuniti majoriti-minoriti dalam konteks pelbagai budaya.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi kepimpinan; Kepimpinan rohani; Hinduisme; Perubahan sosial; Minority
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:23841
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:10 Jul 2024 11:37
Last Modified:12 Jul 2024 06:52

Repository Staff Only: item control page