Strategi fonologi pengguguran dalam pertuturan kanak-kanak autisme

Nazrul Muhamin Abdul Aziz, and Sharifah Raihan Syed Jaafar, (2024) Strategi fonologi pengguguran dalam pertuturan kanak-kanak autisme. GEMA: Online Journal of Language Studies, 24 (2). pp. 93-116. ISSN 1675-8021

[img] PDF
584kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1711

Abstract

Permasalahan fonologi yang dialami oleh kanak-kanak Autisme (ASD) telah memberi kesukaran untuk menuturkan sesebuah perkataan dengan jelas. Pertuturan yang dikemukakan juga telah berlaku pengguguran segmen dalam sesebuah perkataan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bunyi konsonan dan vokal yang terlibat dalam strategi pengguguran. Seterusnya, menjelaskan jenis-jenis strategi pengguguran dalam pertuturan bahasa Melayu oleh kanak-kanak ASD. Akhir sekali, kajian ini meneliti peranan kekangan *KOMPLEKS dalam teori Optimaliti (TO) bagi setiap strategi pengguguran yang berlaku. Data kajian telah diperolehi menerusi kajian lapangan di Makmal Pembelajaran Autisme, Universiti Kebangsaan Malaysia (MPAUKM) melibatkan kaedah pemerhatian turut serta dan ujian pertuturan dengan menggunakan set Ujian Proses Fonologi ASD (UPFA). Kajian kes ini melibatkan tiga orang kanak-kanak ASD yang mempunyai masalah fonologi dalam tiga tahap kritikal yang berbeza iaitu rendah (ASD1), sederhana (ASD2) dan tinggi (ASD3). Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat tujuh strategi melibatkan pengguguran segmen, iaitu pengguguran konsonan dalam suku kata kompleks, pengguguran konsonan frikatif, pengguguran konsonan getaran [r], pengguguran konsonan daerah velar, pengguguran konsonan daerah glotal, pengguguran vokal diftong dan pengguguran suku kata. Selain itu, peranan penting kekangan MAKS-IO, CYWYDD(CYW) dan *Containment telah mengawal pengguguran sesuatu segmen sehingga mengubah struktur suku kata asli. Namun, kekangan *KOMPLEKS yang menjadi induk utama kepada kekangan yang membenarkan pengguguran segmen yang mengandungi fitur dan suku kata kompleks. Hasil kajian ini dapat memberikan input tambahan kepada ibu bapa dan guru MPAUKM yang mengendalikan kanak kanak ASD yang mempunyai masalah fonologi. Secara tidak langsung, dapatan ini juga dapat memberi galakan intervensi pertuturan yang bersesuaian melibatkan alat artikulasi kanak-kanak ASD.

Item Type:Article
Keywords:Autisme; Fonetik; Fonologi; Geometri fitur; Teori optimaliti
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:23861
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:18 Jul 2024 01:58
Last Modified:22 Jul 2024 06:07

Repository Staff Only: item control page