Mohd Muhaimi Abdul Rahman, and Zubir Idris, and Muhd Norizam Jamian, (2024) Penelitian gaya bahasa perbandingan dalam Syair Dagang Adanya karya Sheikh Hamzah Fansuri. GEMA: Online Journal of Language Studies, 24 (2). pp. 158-179. ISSN 1675-8021
PDF
899kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1711
Abstract
Kebanyakan kajian tentang kepenyairan Sheikh Hamzah Fansuri lebih tertumpu kepada aspek keagamaan dan ketuhanan, sementara aspek bahasa masih belum dilakukan oleh mana-mana sarjana terutama yang melibatkan manuskrip Syair Dagang sehingga menimbulkan kelompongan kajian yang ketara. Makalah ini mengetengahkan persoalan relevan seperti identifikasi gaya bahasa, manipulasi bahasa tersebut dan keberkesanan yang terhasil daripada manipulasi berkenaan. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan menggunakan metode kajian analisis kandungan. Syair Dagang Adanya (MSS 3160) merujuk kepada tajuk manuskrip yang digunakan dalam kajian ini, manakala perkataan “Syair Dagang” merupakan istilah umum yang biasa digunakan oleh sarjana lepas yang merujuk kepada karya Sheikh Hamzah Fansuri. Model Gaya Bahasa oleh Henry Guntur Tarigan digunakan sebagai kerangka analisis dengan tumpuan terhadap gaya bahasa perbandingan yang terdiri daripada empat bentuk, iaitu; (1) perumpamaan; (2) metafora; (3) personifikasi; dan (4) antisipasi. Gaya bahasa perbandingan merujuk kepada kedudukan perbandingan dan juga keseimbangan dalam penghasilan puisi. Analisis mendapati Sheikh Hamzah Fansuri memanfaatkan keempat-empat bentuk tersebut dalam syairnya. Selain menggunakan perumpamaan sedia ada, beliau mencipta perumpamaan baharu lantas memperkenalkan kelainan yang segar dan bertenaga, sekali gus menghasilkan makna tambahan yang dihadirkan oleh kelainan tersebut. Metafora pula dimanipulasi dengan menempatkan bahasa biasa dalam konteks baharu untuk membolehkan bahasa tersebut menggugurkan makna lazimnya sejajar menyerap makna baharu, dengan itu memperluaskan makna syairnya. Pemanfaatan personifikasi pula membolehkan objek untuk membikin makna membina suasana serta menyampaikan mesej selain memperluaskan cakupan syair untuk meneroka isu-isu sensitif atau terlarang. Penerapan bentuk antisipasi pula mampu mendahului atau menduga sesuatu untuk melebarkan jangkauan puisinya apabila gambaran realiti masa kini dan masa depan dihadirkan secara serentak, di samping mengungkapkan mesej syairnya. Kajian sistematik ini diharap dapat mencambahkan kajian-kajian sarjana tentang penggunaan gaya bahasa perbandingan dalam Syair Dagang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Gaya bahasa perbandingan; Henry Guntur Tarigan; Manuskrip; Sheikh Hamzah Fansuri; Syair Dagang Adanya |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 23864 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 18 Jul 2024 02:40 |
Last Modified: | 22 Jul 2024 06:09 |
Repository Staff Only: item control page