Persepsi guru terhadap pengaruh bahasa ibunda semasa pembelajaran dan pengajaran bahasa melayu dalam kalangan murid di sekolah jenis kebangsaan cina

Low, Jie Ying and Wee, Xin Hui and Khoo, Yu Ting and Nur Farhanis Fathiah Anuaruddin, (2024) Persepsi guru terhadap pengaruh bahasa ibunda semasa pembelajaran dan pengajaran bahasa melayu dalam kalangan murid di sekolah jenis kebangsaan cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 14 (1). pp. 1-18. ISSN 2180-4842

[img] PDF
453kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Pengaruh bahasa ibunda menjadi salah satu isu yang selalu dibincangkan dalam pengajaran. Dalam sistem pendidikan kebangssan, Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah, peringkat sekolah menengah mahupun peringkat pengajian tinggi. Oleh itu, kajian ini berhasrat meninjau pengaruh bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Teori yang menjadi tunjang kajian ini ialah Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang dijalankan ke atas lima orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di lima buah SJKC di Terengganu. Temu bual digunakan alat pengumpulan data. Data dianalisis secara naratif berdasarkan tema-tema yang ditemui. Dapatan kajian menunjukkan faktor sikap, diri sendiri, masyarakat dan rakan sebaya menjadi pengaruh besar terhadap penggunaan bahasa ibunda semasa belajar Bahasa Melayu dalam kalangan murid etnik Cina di SJKC. Kelima-lima responden bersetuju bahawa faktor keluarga, faktor sikap murid, faktor rakan serta faktor masyarakat mampu mempengaruhi murid dalam menggunakan bahasa ibunda semasa mempelajari Bahasa Melayu. Kesimpulannya, penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan murid etnik Cina di SJKC boleh mempengaruhi mereka mempelajari Bahasa Melayu dengan baik dan berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Pengaruh bahasa ibunda; Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu;murid etnik Cina; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:23880
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:22 Jul 2024 06:18
Last Modified:25 Jul 2024 01:22

Repository Staff Only: item control page