Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru bahasa melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah

Nur Sabrina Aiman Mohd Rosszi, and Nur Athirah Hamizah Yahya, and Nor Farahin Abdul Manaf, and Loo, Shu Jing (2024) Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru bahasa melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 14 (1). pp. 19-37. ISSN 2180-4842

[img] PDF
672kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Tujuan PBD dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid terhadap kandungan pembelajaran. Sesungguhnya, pelaksanaan PBD memerlukan pertimbangan profesional guru untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Seramai 213 orang guru Bahasa Melayu dari 39 buah sekolah di daerah Sepang, Selangor dipilih sebagai responden. Data kajian ini dianalisis secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, analisis ujian-t juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan tahap pengetahuan dan sikap antara guru lelaki dan guru perempuan dalam melaksanakan PBD. Namun, terdapat perbezaan antara tahap kemahiran guru lelaki dan guru perempuan dalam melaksanakan PBD. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa tiada hubungan signifikan tahap pengetahuan dan sikap guru Bahasa Melayu melaksanakan PBD berdasarkan pengalaman mengajar. Namun, terdapat hubungan signifikan yang positif pada tahap kemahiran guru Bahasa Melayu melaksanakan PBD berdasarkan pengalaman mengajar.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan; Kemahiran; Sikap; Pentaksiran bilik darjah; Guru Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:23881
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:22 Jul 2024 06:23
Last Modified:25 Jul 2024 01:28

Repository Staff Only: item control page