Fatin Nadia Ahmad Kamil, and Lidya Abdul Talib, and Angeline Derong, and Emilen Seliman, and Phor, Seau (2024) Tahap pengetahuan dan amalan lima aktiviti pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru bahasa melayu tahap 1 sekolah rendah di daerah Segamat. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 14 (1). pp. 38-50. ISSN 2180-4842
PDF
583kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...
Abstract
Kajian ini membincangkan pengetahuan dan amalan lima aktiviti pentaksiran bilik darjah (PBD) dalam kalangan guru Bahasa Melayu Tahap 1 sekolah rendah di daerah Segamat, Johor. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap amalan terhadap lima aktiviti PBD dalam kalangan guru Bahasa Melayu Tahap 1 di daearah Segamat, Johor serta mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan amalan lima aktiviti PBD dalam kalangan guru Bahasa Melayu Tahap 1 di daerah Segamat, Johor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantatitif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik mengikut skala Likert. Responden melibatkan 140 orang guru Bahasa Melayu Tahap 1 sekolah rendah sekitar daerah Segamat. Data maklumat yang diperoleh telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Stastistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 28.0 dan penghuraian berdasarkan peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan terhadap lima aktiviti PBD adalah tinggi min 3.92. Bagi tahap amalan pula adalah tinggi dengan min 3.92. Seterusnya terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dangan amalan bagi lima aktiviti PBD dengan r=0.876. Dapatan kajian dapat membantu kepada guru-guru Bahasa Melayu Tahap 1 akan pentingnya penguasaan terhadap pengetahuan dan amalan terhadap lima aktiviti PBD bagi mewujudkan pentaksiran yang berkesan serta berkualiti dalam pentaksiran Bahasa Melayu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Lima aktiviti; Pentaksiran bilik darjah; Guru Bahasa Melayu; Sekolah rendah |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 23882 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 22 Jul 2024 06:28 |
Last Modified: | 25 Jul 2024 01:28 |
Repository Staff Only: item control page