Pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru kesusasteraan melayu

Noor Syazwani Roni, and Zamri Mahamod, (2024) Pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru kesusasteraan melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 14 (1). pp. 51-61. ISSN 2180-4842

[img] PDF
238kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan kemahiran penting yang perlu dipelajari oleh guru Kesusasteraan Melayu (KM). Dengan mengaplikasikan TMK dalam PdP, para pelajar akan dapat dilengkapi dengan kemahiran bernilai tambah yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran kerja berkumpulan, komunikasi, inovasi, kreativiti dan lain-lain. Terdapat dua objektif kajian yang dikemukakan iaitu bagi mengenal pasti tahap pengetahuan TMK guru KM dan mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan TMK berdasarkan kategori sekolah dan pengalaman mengajar. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengutip data. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 25 sebagai alat untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Kajian ini melibatkan 182 orang guru KM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan TMK guru KM berada pada tahap yang tinggi. Ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan TMK berdasarkan kategori sekolah. Ujian ANOVA Sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan TMK guru KM dengan pengalaman mengajar. Oleh itu, guru KM perlulah menguasai pengetahuan TMK agar PdP KM lebih menarik, menyeronokkan serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sokongan daripada pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, pentadbir sekolah dan rakan guru sangat diperlukan agar proses penerapan TMK dapat dilaksanakan dengan baik dalam PdP bilik darjah.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan; Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Pengajaran dan pembelajaran; Guru kesusasteraan Melayu
ID Code:23883
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:22 Jul 2024 06:30
Last Modified:25 Jul 2024 01:29

Repository Staff Only: item control page