Tahap penglibatan ibu bapa dan penguasaan murid dalam pembelajaran bahasa melayu di sebuah sekolah kebangsaan pedalaman di daerah Lahad Datu

Muhammad Najwan Ansit, and Muhammad Asyraf Norli, and Nur Hidayah Awang, and Murlisa Kamba, (2024) Tahap penglibatan ibu bapa dan penguasaan murid dalam pembelajaran bahasa melayu di sebuah sekolah kebangsaan pedalaman di daerah Lahad Datu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 14 (1). pp. 62-75. ISSN 2180-4842

[img] PDF
294kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam pendidikan anak-anak, termasuklah dalam pembelajaran Bahasa Melayu mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran Bahasa Melayu anak-anak serta mengenal pasti hubungan tahap penglibatan ibu bapa dengan tahap penguasaan murid dalam subjek Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga akan mengenal pasti hubungan taraf pendidikan ibu bapa dengan tahap penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran subjek Bahasa Melayu murid. Data dikumpulkan melalui soal selidik kepada 108 orang ibu bapa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penglibatan ibu bapa terhadap pembelajaran Bahasa Melayu anak-anak mereka berada pada tahap sederhana sahaja. Dari segi hubungan taraf pendidikan ibu bapa dengan tahap penguasaan murid dalam subjek Bahasa Melayu menunjukkan hubungan yang positif tetapi tidak signifikan. Hal ini menunjukkan penglibatan ibu bapa tidak memberi impak positif terhadap penguasaan Bahasa Melayu anak-anak mereka. Oleh itu, penting bagi pihak sekolah untuk melibatkan secara aktif para ibu bapa dalam pembelajaran Bahasa Melayu anak-anak mereka di sekolah melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Penglibatan ibu bapa; Penguasaan murid; Penguasaan Bahasa Melayu; Sekolah kebangsaan pedalaman
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:23884
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:22 Jul 2024 06:35
Last Modified:25 Jul 2024 01:30

Repository Staff Only: item control page