Faktor-faktor guru bersara awal: satu kajian kes dalam kalangan guru bahasa melayu di tiga jenis sekolah rendah di zon Gemencheh

Habibah Mohammad@Basiron, and Fatin Nabilah Razali, and Zamri Mahamod, (2024) Faktor-faktor guru bersara awal: satu kajian kes dalam kalangan guru bahasa melayu di tiga jenis sekolah rendah di zon Gemencheh. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 14 (1). pp. 76-88. ISSN 2180-4842

[img] PDF
709kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Isu guru bersara awal hangat diperkatakan apabila Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan terdapat peningkatan dalam trend itu terutama mereka dalam lingkungan 56 hingga 58 tahun. Hal ini menjadi semakin membimbangkan apabila trend ini semakin meningkat sehingga kini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor ramai guru yang merancang untuk bersara lebih awal. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual sebagai alat pengumpulan data. Temu bual dilakukan terhadap empat orang guru Bahasa Melayu yang berlainan sekolah rendah, iaitu dua orang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK), seorang guru dari Sekolah Jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan seorang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaaan Tamil (SJKT). Kesemua sekolah ini berada dalam zon Gemencheh, Negeri Sembilan. Data dianalisis secara bertema dan dihuraikan secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lapan faktor yang menyebabkan guru-guru Bahasa Melayu merancang untuk bersara lebih awal daripada tempoh perkhidmatan yang ditetapkan. Faktor utama ialah faktor beban tugas, stress dan tekanan daripada pentadbir, masalah kesihatan dan tugas perkeranian. Implikasi daripada kajian ini ialah pihak sekolah/Pentadbir, KPM, JPN dan PPD perlu segera mengatasi trend bersara awal dalam kalangan guru senior dan berpengalaman supaya tidak menjejaskan pembelajaran murid dan pencapaian sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Guru bersara awal; Sekolah rendah; Guru Bahasa Melayu;Faktor bersara awal; Kesan bersara awal
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:23885
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:22 Jul 2024 06:40
Last Modified:25 Jul 2024 01:31

Repository Staff Only: item control page