Persepsi dan penerimaan pelajar terhadap penggunaan aplikasi quizizz dalam pembelajaran bahasa melayu di sebuah sekolah menengah persendirian cina

Eng, Yeap Poo and Peng, Chew Fong (2024) Persepsi dan penerimaan pelajar terhadap penggunaan aplikasi quizizz dalam pembelajaran bahasa melayu di sebuah sekolah menengah persendirian cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 14 (1). pp. 89-101. ISSN 2180-4842

[img] PDF
704kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi dan penerimaan pelajar terhadap penggunaan aplikasi Quizizz dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Klang. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Reka bentuk kajian ialah kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan 98 orang pelajar Tingkatan 2 di sebuah SMPC di Klang. Data deskriptif dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai manakala data inferensi dianalisis dengan menggunakan ujian t. Dapatan kajian mendapati para pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan aplikasi Quizizz dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu persepsi kebergunaan aplikasi Quizizz (M=3.66, SP=0.85) dan persepsi kemudahan penggunaan (M=3.96, SP=0.96). Hal ini menunjukkan bahawa para pelajar berpandangan baik terhadap aplikasi Quizizz dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, kajian juga mendapati penerimaan pelajar terhadap aplikasi Quizizz juga tinggi (M=3.54, SP=0.92). Hal ini menunjukkan bahawa para pelajar dapat menerima penggunaan aplikasi Quizizz dalam pembelajaran Bahasa Melayu mereka dengan baik. Ujian t mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara persepsi dan penerimaan pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap penggunaan aplikasi Quizizz (p>.05). Kajian ini menyokong Model Penerimaan Teknologi (TAM) yang diasaskan oleh Davis (1986). Model TAM ini menyatakan bahawa penerimaan individu terhadap sesuatu teknologi bergantung kepada persepsinya terhadap teknologi tersebut. Jika persepsi individu terhadap sesuatu teknologi adalah baik, maka ia dapat menerima teknologi tersebut dengan baik. Maka, kajian ini menyokong Model TAM tersebut kerana para pelajar mempunyai persepsi yang baik terhadap aplikasi Quizizz tersebut dan seterusnya dapat menerimanya dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulan, kajian ini menunjukkan bahawa persepsi dan penerimaan terhadap aplikasi Quizizz adalah positif. Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu diharapkan dapat mengaplikasikan Quizizz dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu supaya dapat meningkatkan minat dan motivasi para pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi pelajar; Penerimaan pelajar; Pembelajaran Bahasa Melayu; Quizizz; Sekolah Menengah Persendirian Cina
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:23886
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:22 Jul 2024 06:46
Last Modified:25 Jul 2024 01:32

Repository Staff Only: item control page