Pemupukan semangat patriotisme melalui permainan tradisional dalam mata pelajaran sejarah: satu tinjauan umum

Aisyah Farhah Mohd Yusri, and Ahamad Jama’Amin Yang, (2024) Pemupukan semangat patriotisme melalui permainan tradisional dalam mata pelajaran sejarah: satu tinjauan umum. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (2). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img] PDF
196kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Semangat patriotisme dilihat mampu dipupuk melalui permainan tradisional khususnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Faktor pemodenan menjadikan penggunaan bahan digital dan elektronik banyak diguna pakai dalam PdP harian, lantas strategi dan amalan permainan tradisional perlu dirangka dengan teliti bagi menyuburkan semangat patriotisme dalam diri murid. Kontemporari segenap aspek misalnya penciptaan E-games menjadikan isu dan cabaran dalam memupuk semangat patriotisme perlu diatasi. Kajian ini merupakan tinjauan awal berdasarkan sumber literatur sekunder kualitatif bagi mengenal pasti kepentingan pemupukan semangat patriotisme melalui permainan tradisional,mengkaji amalan dan strategi permainan tradisional serta menganalisis isu dan cabaran pemupukan semangat patriotisme terhadap kemenjadian murid. Hasil dapatan kajian awal mendapati pemupukan semangat patriotisme mampu disumbangkan oleh guru dan usaha pihak sekolah. Misalnya, guru Sejarah menyampaikan konsep patriotisme, sentimen positif dan merancang aktiviti pemupukan nilai yang melibatkan murid. Kepentingan kajian ini jelas tertumpu kepada guru Sejarah yang bersinergi dalam memupuk semangat patriotisme dengan menggunakan kaedah-kaedah menarik terutama permainan tradisional. Oleh yang demikian, mata pelajaran Sejarah mampu menjadi medium dalam memupuk semangat patriotisme di samping membawa warisan budaya sebagai identiti kepada seluruh rakyat Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Semangat patriotism; Permainan tradisional; Mata pelajaran Sejarah; Warisan; Budaya
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:23891
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:02 Aug 2024 01:10
Last Modified:05 Aug 2024 08:16

Repository Staff Only: item control page