Penggunaan eufemisme dalam bahasa Iban: kajian di Kampung Sampun Kelili, Asajaya, Sarawak

Anis Asnira Mohd Faizal, and Mohammed Azlan Mis, (2024) Penggunaan eufemisme dalam bahasa Iban: kajian di Kampung Sampun Kelili, Asajaya, Sarawak. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (2). pp. 1-17. ISSN 2600-9501

[img] PDF
364kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Kajian ini adalah berfokuskan kepada aspek kesantunan bahasa iaitu kajian terhadap penggunaan eufemisme dalam bahasa Iban yang digunakan oleh masyarakat tersebut sendiri. Bukan cuma itu, kajian ini juga menyentuh berkenaan dengan tabu bahasa yang digunakan dalam komunikasi harian oleh masyarakat Iban tersebut sendiri. Kajian ini merupakan sebuah kajian lapangan dan menggunakan teori domain yang diperkenalkan oleh Fishman (1972) dalam penganalisisan data. Objektif kajian ini adalah (1) untuk mengenal pasti tabu bahasa yang digunakan, (2) mengkategorikan tabu bahasa dan eufemisme yang diamalkan oleh masyarakat Iban di Kampung Sampun Kelili mengikut domain tertentu serta (3) faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat tersebut dalam menggunakan tabu bahasa. Kaedah kajian yang digunakan adalah secara kualitatif iaitu mengumpul data kajian melalui temu bual dengan responden yang telah dipilih dan melakukan pemerhatian di lokasi kajian. Kajian dilakukan di sebuah perkampungan Iban iaitu Kampung Sampun Kelili, Asajaya, Sarawak dan seramai 12 orang responden daripada pelbagai peringkat umur telah dipilih dalam usaha mengumpul data kajian. Kaedah dan juga pemilihan sampel kajian adalah sangat penting kerana mampu mempengaruhi hasil dapatan akhir kajian. Dapatan kajian akan memaparkan data yang telah dikategorikan dalam domain tertentu seperti anggota tubuh badan, jantina, seks, kemarahan, kebencian, penyakit, kematian, ketakutan dan domain yang merujuk kepada Tuhan. Diharapkan supaya kajian ini mampu memberi pendedahan berkenaan dengan tabu dan juga bahasa Iban itu sendiri serta menyedari betapa pentingnya penggunaan eufemisme dalam kehidupan bermasyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Kesantunan bahasa; Tabu; Eufemisme; Domain; Bahasa Iban
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:23892
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:02 Aug 2024 01:24
Last Modified:05 Aug 2024 08:17

Repository Staff Only: item control page