Gelagat pengundi dalam PRU-15 di Kawasan DUN Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang

Nurul Arfah Rosli, and Junaidi Awang Besar, (2024) Gelagat pengundi dalam PRU-15 di Kawasan DUN Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (2). pp. 1-19. ISSN 2600-9501

[img] PDF
354kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Setiap individu mempunyai gelagat atau tingkah laku yang berbeza tidak kira bangsa, agama mahupun kawasan sama ada bandar atau luar bandar. Tingkah laku pengundian merupakan bidang yang menjadi pertimbangan pengundi dalam membuat keputusan sama ada hendak mengundi atau tidak dan juga calon yang hendak dipilih. Pengundi juga diberikan hak untuk bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam suatu pilihan raya. Justeru, tujuan penulisan kertas kerja ini adalah untuk menganalisis gelagat pengundi dalam PRU-15 di kawasan DUN Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah kajian mengikut kesesuaian reka bentuk kajian iaitu melibatkan kaedah mengumpul data lapangan dan data berangka (data primer) serta kaedah mengumpul data sekunder. Antara kaedah mengumpul data primer ialah melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan manakala kaedah mengumpul data sekunder pula merangkumi kajian kepustakaan dan kajian atas talian. Penganalisisan data dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati sumber maklumat yang paling dipercayai adalah media elektronik iaitu 36 peratus. Seterusnya 96 peratus responden menyatakan bahawa mereka mengundi dalam PRU 2022. Responden juga menyatakan bahawa faktor paling utama pengundi memilih Parti Perikatan Nasional (PN) adalah disebabkan kepimpinan PN yang bersih dengan 62 peratus, manakala faktor paling utama pengundi memilih Pakatan Harapan (PH) kerana kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (20 peratus). Seterusnya faktor paling utama pengundi memilih Barisan Nasional (BN) adalah kerana parti tersebut berpengalaman dalam mentadbir negara (18 peratus). Kemudian dari segi pilihan politik, 62 peratus responden menyatakan akan mengundi PN bagi kerusi DUN dan 58 peratus responden juga akan mengundi PN bagi kerusi Parlimen pada PRU akan datang. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat dalam bidang geografi politik di Malaysia sekali gus dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji lain bagi memperoleh maklumat mengenai geografi politik dalam negara ini.

Item Type:Article
Keywords:Tingkah laku politik; Parti politik; Calon; Pilihan raya; Kerajaan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:23893
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:02 Aug 2024 01:33
Last Modified:05 Aug 2024 08:21

Repository Staff Only: item control page