Hubungan stres minoriti dengan kesunyian dalam kalangan LGBT dewasa di Malaysia

Surya Raj Ramasamy, and Nasrudin Subhi, (2024) Hubungan stres minoriti dengan kesunyian dalam kalangan LGBT dewasa di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img] PDF
229kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Di Malaysia, iklim politik Malaysia, penerimaan masyarakat dan undang-undang secara umumnya menjadikan golongan LGBT terdedah kepada pelbagai stres minoriti yang terbahagi kepada peminggiran, homofobia dalaman, keasyikan stigma dan penyembunyian. Manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan interaksi sosial, maka stres ini boleh dikatakan berkait dengan kesunyian. Objektif kajian adalah untuk menjana profil sosiodemografi kajian dan mengenal pasti perkaitan antara peminggiran, keasyikan stigma, penyembunyian serta homofobia dalaman dengan kesunyian dalam kalangan LGBT dewasa di Malaysia. Kajian ini adalah kajian keratan rentas menggunakan kaedah kuantitatif. Kaedah pengumpulan data pula adalah kaedah tinjauan soal selidik, menggunakan persampelan snowball, dengan instrumen yang bersesuaian dengan pemboleh ubah dalam penyelidikan ini. Homonegative Microagression Scale (α=0.903) dan Daily Heterosexist Experience Questionnaire (α =0.908) untuk peminggiran, Lesbian, Gay and Bisexual Identity Scale untuk keasyikan stigma, Nebraska Outness Scale (α =0.804) untuk penyembunyian, Internalized Homophobia Inventory (α =0.842) untuk homofobia dalaman dan De Jong Gierveld Scale (α =0.801) untuk kesunyian. Responden kepada kajian ini adalah golongan LGBT yang merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sampel kajian terdiri daripada 124 individu yang berusia 18-60 tahun. Analisis korelasi Spearman mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kesunyian dengan heteroseksisme, r(122)=0.21, p= 0.018. Hal ini kerana diskriminasi yang dialami menyebabkan individu berasa kurang diterima masyarakat, lantas elakkan menyertai aktiviti sosial kerana risau akan mengalami diskriminasi pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Peminggiran; Keasyikan stigma; Homofobia dalaman; Penyembunyian; Kesunyian
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:23894
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:02 Aug 2024 01:40
Last Modified:05 Aug 2024 08:21

Repository Staff Only: item control page