Siti Nur Balqis Rose Helmi, and Nur Saadah Mohamad Aun, (2024) Kemahiran pengurusan masa dan tahap tekanan dalam kalangan pelajar UKM. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (2). pp. 1-15. ISSN 2600-9501
PDF
234kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...
Abstract
Kemahiran pengurusan masa ialah kemahiran teras yang kerap digunakan dalam hampir semua sudut kehidupan manusia. Tekanan pula adalah “reaksi atau tindak balas badan yang tidak spesifik terhadap permintaan atau keinginan” atau maklum balas yang tidak khusus oleh mana-mana bahagian tubuh terhadap kewujudan sesuatu desakan yang boleh menjadikan seseorang itu hilang tumpuan, mendatangkan gangguan kepada pemikiran seseorang, menjadikan perasaan gelisah dan tidak tenteram yang kerap kali mengganggu aktiviti seharian seseorang. Kajian ini dijalankan untuk melihat kemahiran pengurusan masa dan tahap tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa-mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif berbentuk keratan-lintang. Jumlah sampel kajian awal ini adalah seramai 30 orang meliputi remaja dewasa berumur 18 hingga 24 tahun. Hasil kajian awal mendapati 27 orang sampel mendapat skor tinggi dalam aspek kemahiran pengurusan masa, dua orang sampel mendapat skor yang sederhana dan seorang sampel mendapat skor yang rendah. Bagi tahap tekanan pula, hanya dua orang sampel yang mendapat skor yang tinggi, 25 orang sampel mendapat skor yang sederhana dan tiga orang mendapat skor yang rendah. Dari segi program pengurusan masa, kira-kira 16 orang sampel yang berpendapat bahawa teknik pengurusan masa yang lebih berkesan dalam Program Pengurusan Masa dapat mendorong keberkesanan program ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kemahiran pengurusan masa sangat diperlukan bagi mengurangkan tahap tekanan dalam diri mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tekanan; Kemahiran pengurusan masa; Mahasiswa; Kuantitatif; Kajian awal |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 23895 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 02 Aug 2024 02:00 |
Last Modified: | 05 Aug 2024 08:22 |
Repository Staff Only: item control page