Konflik kongsi gelap Cina di Perak, 1861-1874

Noor Syamimi Mohamad Nazri, and Mohd Shazwan Mokhtar, (2024) Konflik kongsi gelap Cina di Perak, 1861-1874. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img] PDF
227kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Artikel ini membincangkan konflik yang tercetus dalam kalangan kongsi gelap Cina di Perak pada tahun 1861 sehingga 1874. Konflik ini dikonstruk berdasarkan sumber primer seperti CO 273, CO 890, The Straits Time, Penang Gazzete serta rekod daripada pegawai-pegawai tertinggi British seperti J.W.W Birch, Sir Hugh Low dan Kapten Speedy. Tumpuan diberikan terhadap faktor yang menjadi punca pertelingkahan diantara Ghee Hin dan Hai San yang berkuasa di Perak terutamanya di kawasan Larut. Selain itu, kertas kerja ini turut menilai reaksi British di Negeri-Negeri Selat terhadap krisis yang tercetus diantara kedua-dua kongsi gelap Cina yang saling bermusuhan. Perkembangan bijih timah menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja diperlukan oleh pembesar Melayu seperti Long Jaafar yang diberikan hak untuk menguruskan kawasan perlombongan di Larut. Oleh yang demikian, berlakunya penghijrahan buruh- buruh Cina dari Pulau Pinang yang diuruskan oleh ketua kongsi gelap Cina. Kemasukan buruh-buruh Cina ini bukan sahaja membantu mengembangkan industri perlombongan bijih timah di Perak, bahkan turut membawa kepada kemunculan kongsi-kongsi gelap Cina yang saling bermusuhan terutamanya apabila kedua-dua berebut mendapatkan hak untuk menguasai kawasan perlombongan. Peperangan yang tercetus menyebabkan pihak Birtish di Negeri-Negeri Selat terpaksa bertindak campur tangan dalam meleraikan konflik yang berlaku kerana keadaan ini mampu mengganggu perdagangan British di Pulau Pinang. Hasil kajian mendapati bahawa, perbalahan diantara kedua-dua kongsi gelap Cina ini berakhir apabila termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 yang turut melibatkan kapitan-kapitan Cina.

Item Type:Article
Keywords:Ghee Hin; Hai San; British; Perjanjian Pangkor 1874; Kapitan Cina
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:23898
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:02 Aug 2024 02:56
Last Modified:05 Aug 2024 08:25

Repository Staff Only: item control page