Kata adverba dalam karya Rehan Makhtar dengan menggunakan teori fungsional

Nur Hafizah Azmi, and Normalis Amzah, (2024) Kata adverba dalam karya Rehan Makhtar dengan menggunakan teori fungsional. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (2). pp. 1-25. ISSN 2600-9501

[img] PDF
605kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Kata adverba dalam bahasa Melayu diberikan pelbagai definisi yang berbeza oleh tokoh-tokoh tempatan menyebabkan kekeliruan terhadap definisi dan fungsi kata adverba yang tepat dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, sarjana sebulat suara bersetuju bahawa adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja. Kajian ini menganalisis bentuk kata adverba yang digunakan dalam novel popular serta menghuraikan fungsi dan kedudukan adverba berdasarkan teori fungsional ideasional. Kajian ini meneroka bentuk kata adverba berdasarkan definisi oleh Nik Safiah (2008). Bahan bacaan popular yang dipilih untuk melihat penggunaan kata adverba pada masa kini adalah novel Seseorang Untuk Aku yang dikarang oleh Rehan Makhtar, terbitan pada tahun 2015. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan teks. Bagi menganalisis fungsi dan kedudukan kata adverba dalam ayat, teori nahu fungsional iaitu dengan menggunakan metafungsi ideasional yang telah diperkenalkan oleh Halliday (1994). Hasil kajian didapati bahawa kata adverba gandaan memiliki kekerapan yang paling tinggi berbanding kata adverba asalnya kata kerja yang mana kekerapannya yang paling rendah. Kata adverba gandaan berada pada kedudukan awal, pertengahan dan akhir ayat. Sementara, kata adverba asalnya kata kerja didapati berada pada kedudukan pertengahan dan belakang bagi kata kerja atau frasa kerja yang berperanan sebagai inti dalam ayat. Dengan menggunakan teori fungsional iaitu metafungsi ideasional didapati bahawa proses mental yang merupakan salah satu daripada transitiviti banyak didapati daripada hasil kajian dalam menganalisis kata adverba gandaan dan kata adverba yang menerangkan kata kerja.

Item Type:Article
Keywords:Kata adverba; Bentuk kata adverba; Kata kerja; Teori fungsional; Metafungsi ideasional
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:23899
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:02 Aug 2024 03:04
Last Modified:05 Aug 2024 08:25

Repository Staff Only: item control page