Penentuan zon sesar di Ulu Bendul, Negeri Sembilan menggunakan kaedah keberintangan geoeletrik dan mikrostruktur batuan

Azhar Ahmad Nazri, and Mohd Rozi Umor, and Nur Syarienna Razmi, and Mohammad Anuri Ghazali, and Mohd Hariri Arifin, and Nor Shahidah Mohd Nadzir, and Norbert Simon, (2024) Penentuan zon sesar di Ulu Bendul, Negeri Sembilan menggunakan kaedah keberintangan geoeletrik dan mikrostruktur batuan. Sains Malaysiana, 53 (4). pp. 759-768. ISSN 0126-6039

[img] PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num4_...

Abstract

Kawasan kajian terletak di Kg Ulu Bendol, daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti zon sesar menggunakan kaedah geofizik keberintangan elektrik secara protokol Wenner-Schlumberger. Sesar Ulu Bendol, juga dikenali sebagai zon sesar Kuala Pilah, menganjur hampir timur ke barat. Rekod seismik menunjukkan gegaran kecil telah dicetuskan di empat lokasi berhampiran jalan utama Seremban-Kuala Pilah, yang sejajar dengan garisan sesar Ulu Bendol. Kaedah keberintangan elektrik digunakan untuk menentukan lokasi garis sesar secara tepat. Sebanyak 14 garis survei keberintangan elektrik telah dijalankan di 14 lokasi yang dikenal pasti. Batuan granit merupakan unit geologi utama yang menutupi kawasan kajian. Jenis batuan, tahap luluhawa, struktur sesar utama, zon retakan dan kehadiran zon tepu air di bawah permukaan ditentukan berdasarkan tafsiran nilai keberintangan, iaitu granit segar batuan dasar (> 1000 Ωm), granit sederhana luluhawa dan terkekar (500-1000 Ωm), batuan dasar granit terluluhawa dengan batuan yang sangat terkekar (100-500 Ωm) dan zon tepu air dalam batuan yang sangat retak (<100 Ωm). Sesar yang ditafsirkan terletak di kawasan tanah pamah dan dataran dengan nilai kerintangan 100 Ωm hingga 500 Ωm. Sesar yang terletak di Kg. Ulu Bendol, telah menganjur ke timur berhampiran Kg. Mampas, Seri Menanti dengan anggaran kira-kira 10 km. Kajian petrografi ke atas 12 sampel batuan dalam zon sesar menunjukkan bahawa kebanyakan batuan sesar telah mengalami canggaan yang kuat dibuktikan dengan wujudnya mikro sesar, herotan mineral dan kuarza dihancurkan menjadi saiz lebih kecil. Di kawasan zon sesar, sesar yang lebih kecil, juga dikenali sebagai sesar tersegmentasi dengan panjang kira-kira 50 hingga 250 meter, mencetuskan pergerakan berulang sesar utama. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan kaedah keberintangan elektrik dapat menentukan keujudan sesar utama di Ulu Bendul. Ia boleh digunakan bagi menentukan sesar utama di kawasan lain sekiranya sesar tidak dapat dicerap di permukaan.

Item Type:Article
Keywords:Kajian petrografi; Sesar Ulu Bendul; Survei keberintangan elektrik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:23910
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:05 Aug 2024 06:26
Last Modified:08 Aug 2024 01:32

Repository Staff Only: item control page