Johan Ariff Jafri, and Syajarul Imna Mohd Amin, and Aisyah Abdul-Rahman, and Shifa Mohd Nor, and Fachrudin, Khaira Amalia (2024) Niat penerimaan perbankan dalam talian di Malaysia: peranan kepercayaan dan keselamatan dan penyederhana pendidikan. Jurnal Pengurusan, 70 . pp. 1-16. ISSN 0127-2713
PDF
364kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jurnalpengurusan/view-articles/
Abstract
Teknologi kewangan atau Fintech membolehkan pendigitalan perkhidmatan kewangan untuk memperoleh kelebihan daya saing dan membantu pengguna mengurus aktiviti kewangan dengan lebih efektif. Walau bagaimanapun, pembangunan Fintech telah meningkatkan aktiviti jenayah siber dan menimbulkan isu kepercayaan dan keselamatan di kalangan pengguna. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan perbankan dalam talian di Malaysia. Kajian ini mengintegrasikan model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dan pemboleh ubah kepercayaan dan persepsi sekuriti. Tahap pendidikan juga digunakan sebagai penyederhana antara niat dengan pemboleh ubah bebas. Persampelan mudah dan kuota digunakan dan mengumpulkan 417 respon melalui tinjauan soal-selidik. Berdasarkan analisis PLS-SEM, dapatan kajian menunjukkan bahawa jangkaan prestasi, pengaruh sosial, dan kepercayaan memberi kesan positif ke atas niat penerimaan perbankan dalam talian. Manakala kesan jangkaan usaha, kualiti sistem, dan persepsi sekuriti adalah tidak signifikan. Tahap pendidikan sebagai penyederhana juga didapati mempengaruhi hubungan antara niat dan dua pemboleh ubah bebas (pengaruh sosial dan kualiti sistem). Penyelidikan ini dapat membantu pihak berkepentingan untuk memahami tingkah laku pengguna dalam membangunkan polisi dan strategi pembangunan inisiatif pendidikan yang disasarkan bagi meningkatkan celik digital dan memupuk kepercayaan yang boleh menarik pengguna untuk menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | UTAUT; Kepercayaan; Persepsi sekuriti; Taraf pendidikan; Fintech |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 23913 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 05 Aug 2024 06:44 |
Last Modified: | 07 Aug 2024 01:49 |
Repository Staff Only: item control page