Suatu ulasan mengenai antioksidan, sifat fizikokimia, manfaat kesihatan dan pengendalian selepas tuai tomato ceri

Maimunah Mohd Ali, and Chu, Chia Yu and Nurfatimah Mohd Thani, and M.N.A. Uda, (2024) Suatu ulasan mengenai antioksidan, sifat fizikokimia, manfaat kesihatan dan pengendalian selepas tuai tomato ceri. Sains Malaysiana, 53 (4). pp. 807-819. ISSN 0126-6039

[img] PDF
756kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num4_...

Abstract

Tomato ceri (Solanum lycopersicum var. cerasiforme) merupakan salah satu jenis buah-buahan yang semakin digemari di kalangan pengguna kerana kualiti dan kepelbagaian manfaat kesihatan yang tinggi. Ulasan ini bertujuan untuk menyediakan maklumat mendalam tentang beberapa aspek penting berkaitan tomato ceri termasuk fisiologi, potensi antioksidan, sifat fizikokimia, kandungan nutrien, manfaat kesihatan dan pengendalian selepas tuai yang berkesan. Tomato ceri mengandungi pelbagai jenis antioksidan seperti likopena, beta-karotena dan vitamin C. Antioksidan ini berperanan penting dalam menangani radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit degeneratif dan penyakit kardiovaskular. Di samping itu, ulasan ini juga meneliti sifat fizikokimia tomato ceri yang mempengaruhi kualiti dan nilai pemakanan buah ini. Pemahaman terhadap sifat fizikokimia adalah penting dalam menentukan kematangan dan kualiti tomato ceri terhadap rasa dan daya tarikan kepada pengguna. Tumpuan utama dalam kajian ini juga menjurus kepada potensi kesihatan tomato ceri dan manfaat dalam pemakanan manusia. Pengendalian selepas tuai yang berkesan turut dibincangkan untuk memastikan kualiti dan kebergunaan tomato ceri termasuk kaedah penyimpanan, pengangkutan dan pemprosesan yang tepat untuk memastikan buah kekal segar dan nutrisinya terpelihara. Maklumat yang dikumpulkan memberikan panduan penting kepada pihak industri dan pengguna dalam memahami potensi dan kegunaan tomato ceri sebagai sumber makanan yang bernilai tinggi dalam pemakanan seimbang. Diharapkan kajian ini akan mendorong peningkatan pengetahuan dan minat dalam penanaman dan penggunaan tomato ceri bagi kebaikan kesihatan dan kehidupan manusia.

Item Type:Article
Keywords:Antioksidan; Pengendalian selepas tuai; Pematangan; Sifat fizikokimia; Tomato ceri
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:23915
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:05 Aug 2024 08:01
Last Modified:08 Aug 2024 08:47

Repository Staff Only: item control page