Shafariatul Akmar Ishak, and Noraniza Ariffin, and Fifi Fariza Azmi, (2024) Kesan ekstrak daun jambu batu (Psidium guajava) terhadap eritrosit terjangkit plasmodium berghei NK65. Sains Malaysiana, 53 (4). pp. 869-880. ISSN 0126-6039
PDF
369kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num4_...
Abstract
Malaria kini tergolong dalam senarai dunia sebagai penyakit berjangkit yang menyebabkan banyak kematian. Oleh itu, kajian antimalaria secara ex vivo oleh ekstrak daun jambu batu (Psidium guajava) terhadap mencit yang terjangkit Plasmodium berghei (NK65) ini adalah penting dalam penghasilan alternatif ubatan antimalaria yang baharu. Kajian dimulakan dengan ujian penyaringan awal menggunakan darjah parasitemia 10%, diikuti dengan pemilihan pelarut terbaik antara metanol, aseton, etil asetat dan heksana. Hasil mendapati ekstrak metanol menunjukkan bacaan IC50, 4.270 mg/mL yang menghampiri nilai IC50 piawai klorokuin iaitu 3.080 mg/mL. Ujian statistik ANOVA satu hala membuktikan tiada perbezaan signifikan antara keduanya dan bacaan adalah seperti berikut; F (1, 18) = 1.091, p>0.05 (0.310). Kemudian, ekstrak metanol daun jambu batu terpilih sebagai pelarut terbaik, ini diteruskan dengan ujian parasitemia pada 5%, 10% dan 30%. Keputusan kajian mendapati, aktiviti perencatan malaria lebih berkesan dan cekap pada parasitemia 10% dan ANOVA sehala menunjukkan F (1, 18) = 0.797, p>0.05 (0.384). Akhir sekali proses sinkronisasi dijalankan dengan menggunakan kaedah sorbitol lisis. Hasil mendapati pada peringkat cecincin (trofozoit muda), bacaan IC50 adalah 0.0001 mg/mL manakala pada peringkat trofozoit matang dan skizon bacaan IC50 hampir sama; 4.295 mg/mL dan 4.276 mg/mL. Kesimpulannya, ekstrak methanol daun Psidium guajava menunjukkan adanya aktiviti antimalaria dan berupaya merencatkan semua kitaran hidup sel parasit malaria tetapi lebih berkesan pada peringkat trofozoit matang dan skizon.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Asai pLDH; Malaria; Plasmodium berghei NK65; Psidium guajava; Sinkronisasi |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 23921 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 06 Aug 2024 01:44 |
Last Modified: | 08 Aug 2024 08:51 |
Repository Staff Only: item control page