Penerimaan dan cabaran inovasi muzik digital terhadap industri muzik di Malaysia

Nur Zaheera Zailan Kamaruddin, and Hasrul Hashim, (2024) Penerimaan dan cabaran inovasi muzik digital terhadap industri muzik di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 40 (2). pp. 262-280. ISSN 0128-1496

[img] PDF
389kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1710

Abstract

Muzik merupakan elemen penting yang banyak mempengaruhi sesebuah masyarakat melalui penyesuaian budaya dan kreativiti. Hal ini dilihat sentiasa berkembang dan berinovasi seiring dengan perubahan dan perkembangan teknologi. Kemunculan muzik digital memberi impak yang signifikan terhadap pemain industri muzik di Malaysia untuk beradaptasi dengan perubahan oleh perkembangan teknologi. Makalah ini membincangkan aspek penerimaan dan cabaran inovasi muzik digital dalam kalangan penggiat industri muzik di Malaysia. Perspektif inovasi disruptif yang diperkenalkan oleh Christensen telah digunakan sebagai kerangka kajian bagi mengupas dengan lebih jelas aspek penerimaan inovasi ini. Seramai lima orang pemain industri yang terkemuka di Malaysia telah ditemu bual sebagai informan bagi mendapatkan data terhadap aspek penerimaan berkenaan. Dapatan kajian menunjukkan pemain industri di Malaysia menerima revolusi pendigitalan yang berlaku terutamanya dari aspek kemunculan platform penstriman digital seperti TikTok, YouTube, Spotify, Instagram dan SoundCloud yang memberikan akses yang lebih mudah kepada peminat serta dalam masa yang sama membantu penerimaan sesebuah karya. Kekuatan dan kelemahan struktur industri muzik tempatan juga dapat dikenal pasti di mana walaupun peralihan kepada digital sangat mencabar, gambaran ekonomi keseluruhan menunjukkan impak yang positif. Secara keseluruhannya pemain-pemain industri tempatan menerima perubahan inovasi muzik digital di Malaysia dengan beradaptasi dalam perkembangan teknologi. Inovasi ini dilihat sebagai peluang yang luas bagi pemain industri dengan mencapai pemahaman yang lebih mendalam terhadap landskap semasa dengan mengambil langkah yang bertepatan untuk memastikan perkembangan berterusan dalam industri muzik di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Muzik digital; Inovasi; Platform digital; Industri muzik Malaysia; Teknologi
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:23954
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 Aug 2024 08:14
Last Modified:12 Aug 2024 02:58

Repository Staff Only: item control page