Aktiviti intelektual melalui penerbitan penggerak idea kesedaran pembinaan negara-bangsa di Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua, 1900-1941

Khairul Ghufran Kaspin, and Mohd Samsudin, and Azlizan Mat Enh, (2024) Aktiviti intelektual melalui penerbitan penggerak idea kesedaran pembinaan negara-bangsa di Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua, 1900-1941. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8 (1). pp. 33-41. ISSN 2590-4310

[img] PDF
297kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Negara-bangsa ialah sebuah negara yang berdaulat yang mempunyai penduduk dengan kesedaran bahawa terdapat persamaan dalam kalangan mereka. Persamaan tersebut dapat dilihat dari segi tradisi lama, adat dan bahasa yang dikongsi bersama-sama dalam kalangan mereka yang tinggal dalam sebuah wilayah negara-bangsa. Artikel ini membincangkan aktiviti intelektual melalui penerbitan yang mengetengahkan idea-idea mengenai pembinaan negara-bangsa di Tanah Melayu. Pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu, idea-idea negara-bangsa yang diketengahkan dalam penerbitan banyak berkisar mengenai isu-isu yang menuntut masyarakat Melayu memperbaiki kehidupan lantas dapat bangkit daripada kemunduran. Namun isu-isu yang diketengahkan tersebut sedikit demi sedikit menjadi agak signifikan sehingga ia menjadi idea-idea asas pembinaan negara-bangsa di Tanah Melayu sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu pada tahun 1941. Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kualitatif sejarah dengan menggunakan kaedah analisis dokumen ke atas penerbitan-penerbitan seperti akhbar dan majalah yang terbit sebelum Perang Dunia Kedua seperti Al-Imam, Al-Ikhwan, Majalah Guru, Majlis, Saudara dan Warta Malaya. Di samping itu, kaedah penulisan dan analisis terhadap sumber kedua juga digunakan untuk menghasilkan analisis penulisan yang lebih luas. Hasil dapatan kajian memperlihatkan bahawa pada awalnya, tiada ciri-ciri khas mengenai idea negara-bangsa di Tanah Melayu yang diketengahkan dalam penerbitan pada awal abad ke-20. Namun, terdapat satu elemen negara bangsa moden yang diketengahkan ketika itu, iaitu mengenai persamaan dari sudut tempat kelahiran atau dibesarkan. Justeru, hal berkaitan idea negara-bangsa tersebut terus dikembangkan pada dekad seterusnya sehingga mewujudkan idea-idea negara-bangsa bagi Tanah Melayu. Idea-idea tersebut termasuklah berkaitan dengan bentuk kerakyatan, ciri anak watan, hak-hak masyarakat setempat, takrif Melayu dan bahasa Melayu. Pada dekad awal 1940-an pula, isu-isu yang diketengahkan dalam penerbitan mula memperincikan idea-idea tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Intelektual; Idea; Negara-bangsa; Penerbitan; Tanah Melayu
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:23974
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Aug 2024 07:19
Last Modified:12 Aug 2024 02:29

Repository Staff Only: item control page