Keberadaan monumen kedaulatan dan tapak bernilai sejarah di Pulau Layang Layang, dalam Gugusan Semarang Peninjau Malaysia di Laut China Selatan

Baszley Bee Basrah Bee, and Amy Azuan Abdullah, (2024) Keberadaan monumen kedaulatan dan tapak bernilai sejarah di Pulau Layang Layang, dalam Gugusan Semarang Peninjau Malaysia di Laut China Selatan. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8 (1). pp. 43-60. ISSN 2590-4310

[img] PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Territorialisasi melalui pembangunan di kepulauan Spratly telah direntis oleh Malaysia lebih empat dekad lalu. Seawal tahun 1975, pendirian monumen kedaulatan telah dilakukan sebagai tanda pemilikan fitur-fitur marin milik Malaysia di Pulau Layang Layang (PLL) dan 4 buah terumbu dalam Gugusan Semarang Peninjau (GSP), bahagian selatan perairan kepulauan Spratly. Jumlah ini tidak termasuk di Pulau Kecil Amboyna dan terumbu Laksmana yang dicerobohi oleh Vietnam dan Filipina. Kesemua fitur ini telah mengalami kesusutan tanpa ada usaha pemeliharaan atau dimusnahkan oleh Vietnam dan Filipina. Hanya terdapat 3 buah monumen kedaulatan yang masih tinggal dan salah satunya berada di PLL yang merupakan stesyen utama kepada 4 stesyen lain di GSP. Atas persoalan kajian bahawa dalam isu tuntutan pemilikan dan pendudukan berkesan sesebuah negara terhadap pertikaian kawasan bertindih, penggunaan bukti arkeologi, sejarah dan sumber warisan budaya adalah elemen penting dalam menguatkan tuntutan pemilikan. Objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan fungsi dalam konteks territorialisasi di LCS dan menilai potensi monumen kedaulatan serta tapak bersejarah di PLL sebagai manifestasi fizikal kepada pendudukan berkesan Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan ialah tinjauan arkeologi lapangan dan analisis potensi Warisan Kebangsaan berdasarkan peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), Seksyen 67, Subseksyen 2. Dapatan kajian medapati monumen kedaulatan, runtuhan Wisma KD Kaki Langit dan stela perasmian Stesyen Lima mempunyai potensi yang mencukupi untuk disenaraikan sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara.

Item Type:Article
Keywords:Kepulauan Spratly; Pulau Layang Layang; Monumen kedaulatan; Warisan kebangsaan
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:23975
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Aug 2024 07:19
Last Modified:12 Aug 2024 02:30

Repository Staff Only: item control page