Naurah Hanani Mohd Yazid, and Md Yazid Ahmad, (2024) Status harta intelek sebagai harta pusaka menurut perspektif Perundangan Islam di Malaysia: satu kajian literatur. Journal of Contemporary Islamic Law, 9 (1). pp. 16-24. ISSN 0127-788X
PDF
547kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jcil
Abstract
Seiring dengan arus kemodenan, konsep harta juga semakin berkembang sesuai dengan kecerdasan akal fikiran manusia. Kewujudan harta intelek sebagai suatu komoditi dalam perniagaan, penulisan, perfileman dan lain-lain membawa kepada isu statusnya sebagai harta pusaka. Ini kerana konsep yang diguna pakai dalam harta intelek agak berbeza dengan harta fizikal dari sudut sifatnya sebagai harta maknawi, pemilikannya yang bertempoh serta kesamaran hak ke atas waris selepas kematian pemilik. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengenal pasti status harta intelek sebagai harta pusaka di Malaysia, menjelaskan jenis-jenis hak menurut perspektif Islam dan perundangan harta intelek serta mengkaji pemilikan harta intelek kepada ahli waris. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kaedah pengumpulan data adalah melalui analisis dokumen. Sementara kaedah penganalisisan data adalah secara tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa harta intelek boleh diwariskan sebagai harta alih selepas kematian pemilik. Pemilikan harta intelek ke atas waris adalah kekal dan boleh dikongsi sepanjang tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, permohonan perlindungan lanjutan oleh Badan Perlindungan Hak Cipta Malaysia (MACP) bagi karya intelektual yang telah tamat tempoh menimbulkan isu berkaitan tempoh yang tidak selari dengan jangka masa yang telah ditetapkan undang-undang dan perlukan kajian lanjutan berkaitan isu ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Harta intelek; Harta pusaka; Pemilikan; Harta maknawi; Undang-Undang Islam |
Journal: | Journal of Contemporary Islamic Law |
ID Code: | 24003 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 12 Aug 2024 07:27 |
Last Modified: | 13 Aug 2024 02:55 |
Repository Staff Only: item control page