Analisis hukum pembayaran ex-gratia di syarikat takaful

Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, and Anas Mat Naim, (2024) Analisis hukum pembayaran ex-gratia di syarikat takaful. Journal of Contemporary Islamic Law, 9 (1). pp. 39-46. ISSN 0127-788X

[img] PDF
595kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Ex-gratia ialah satu bentuk pembayaran secara sukarela oleh pihak syarikat takaful atau insurans berdasarkan pertimbangan dan justifikasi tertentu walaupun tidak termaktub dalam terma dan syarat. Walaubagaimanapun, amalan pembayaran dalam takaful berbeza daripada insurans kerana dana takaful terbahagi kepada dana risiko (tabarru’) dan dana pemegang saham. Terdapat persoalan adakah pembayaran ex-gratia boleh diambil daripada dana risiko. Ini kerana pihak syarikat takaful merupakan wakil kepada peserta-peserta dalam menguruskan dana risiko. Wakil secara umumnya hendaklah bertindak untuk kepentingan muwakkil. Justeru, kajian ini mengupas amalan pembayaran ex-gratia di beberapa syarikat takaful terpilih. Data diperolehi melalui analisis dokumen dan temubual. Seterusnya ia dianalisis secara tematik dan deskriptif. Dapatan kajian ini mendapati terdapat perbezaan amalan di beberapa syarikat takaful dari perspektif sumber dana yang diambil bagi pembayaran ex-gratia. Akad wakalah antara syarikat dan peserta berkaitan pengurusan dana risiko menjadi asas kepada perbahasan takyif fiqhi pembayaran berkenaan. Hasil juga menunjukkan perlu dibangunkan satu parameter syariah berkaitan pembayaran ex-gratia dalam konteks takaful.

Item Type:Article
Keywords:Ex-Gratia; Sukarela; Takaful; Wakalah; Dana; Tabarru’
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:24005
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:12 Aug 2024 07:27
Last Modified:13 Aug 2024 03:08

Repository Staff Only: item control page