Membasmikan kemiskinan dalam kalangan usahawan asnaf melalui Kewangan Sosial Islam: iktibar dari Baitul Mal Aceh

Mohd. ‘Adli Zahri, and Nooramira Ghazali, and Mohamad Shaharudin Samsurijan, and Zahri Hamat, and Nurul Ilyana Muhd Adnan, (2024) Membasmikan kemiskinan dalam kalangan usahawan asnaf melalui Kewangan Sosial Islam: iktibar dari Baitul Mal Aceh. Journal of Contemporary Islamic Law, 9 (1). pp. 60-69. ISSN 0127-788X

[img] PDF
613kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Artikel ini menganalisis impak kewangan sosial Islam dalam membasmi kemiskinan melalui bantuan modal kewangan daripada dana zakat melalui mikro kredit kepada usahawan asnāf oleh Baitul Mal Aceh (BMA). Di Malaysia, bantuan modal kewangan percuma daripada dana zakat kepada usahawan asnāf sering menghadapi cabaran. Kajian ini meneroka bagaimana bantuan modal kewangan BMA menyumbang kepada kejayaan usahawan asnāf. Data daripada temu bual dengan 16 usahawan asnāf dianalisis secara tematik untuk memahami impak bantuan modal kewangan terhadap permulaan perniagaan mereka dan pemerkasaan ekonomi keseluruhan. Analisis menunjukkan bahawa bantuan modal kewangan ini sangat membantu dalam menyediakan modal permulaan bagi perniagaan, seterusnya meningkatkan modal tambahan. Selain itu, ia menawarkan syarat pembayaran balik pinjaman yang lebih fleksibel, merangsang semangat keusahawanan di kalangan usahawan asnāf, memberikan peluang untuk meningkatkan pendapatan dan akhirnya menyumbang secara langsung kepada usaha pembasmian kemiskinan. Perbahasan mencadangkan bahawa model mikro kredit BMA berkesan dalam memberdayakan usahawan asnāf dan mengurangkan kemiskinan. Ini menekankan keperluan sokongan kewangan yang terstruktur dalam rangka kerja kewangan sosial Islam dan mencadangkan agar model serupa diterima pakai oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kemiskinan; Bantuan modal kewangan; Usahawan asnaf; Kewangan Sosial Islam
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:24007
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:12 Aug 2024 07:27
Last Modified:13 Aug 2024 03:18

Repository Staff Only: item control page