Muhammad Ashahadi Dzulkafli, and Mohd Basril Iswadi Basori, and Norasiah Sulaiman, and Mohd Shafeea Leman, (2024) Fosil radiolaria berusia perm awal (Artinskian dan Kungurian) daripada bongkah batuan bersilika-rijang di Pos Blau, Gua Musang, Kelantan, Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 53 (5). pp. 1009-1020. ISSN 0126-6039
PDF
5MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num5_...
Abstract
Sebuah singkapan terdiri daripada batu lumpur bersilika bertuf yang berselanglapis dengan sisipan syal yang sangat nipis ditemui di Ladang Tenang yang terletak kira-kira 900 m ke arah barat daya dari kawasan penempatan penduduk Pos Blau. Kajian mikropaleontologi melalui kaedah pengekstrakan radiolaria menggunakan Asid Hidroflorik (HF) dijalankan ke atas beberapa sampel batu lumpur bersilika bertuf. Hasil pengekstrakan mendapati sampel batuan bersilika ini mengandungi fosil radiolaria berusia Perm. Sebanyak 20 spesies radiolaria dikenal pasti terdiri daripada 16 genus yang tergolong dalam 10 famili. Darjah awetan fosil ini adalah dalam keadaan sederhana hingga baik. Berdasarkan kemunculan spesies penunjuk usia dan julat usia stratigrafi, fosil ini sesuai dimasukkan ke dalam Zon Himpunan Pseudoabaillella rhombothoracata berusia Artinskian Awal hingga Kungurian Awal dan Zon Himpunan Albaillella asymmetrica berusia Kungurian, Perm Awal. Penemuan kedua-dua Zon himpunan ini penting dan mengisi rumpang zon radiolaria di Pos Blau, sekali gus melengkapkan biozon radiolaria berusia Perm Awal (Sakmarian) hingga Perm Tengah (Wordian).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Artinskian; Kungurian; Perm Awal; Pos Blau; Radiolaria |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24029 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 19 Aug 2024 02:10 |
Last Modified: | 19 Aug 2024 02:10 |
Repository Staff Only: item control page