Pemecah kepada ketidaktelusan pengurusan organisasi: meneroka akauntabiliti NGO kemanusiaan di Malaysia

Atika Shafinaz Nazri, and Syaima’ Adznan, and Kartini Aboo Talib@Khalid, (2023) Pemecah kepada ketidaktelusan pengurusan organisasi: meneroka akauntabiliti NGO kemanusiaan di Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (4). pp. 413-434. ISSN 2180-0251

[img] PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Walaupun NGO diperakui sebagai aktor yang berjaya memartabatkan nilai kehidupan manusia, namun para sarjana menyatakan terdapat isu penting disebaliknya perlu diberi tumpuan iaitu transparensi terhadap akauntabiliti organisasi. Kajian ini bertujuan untuk merungkai bentuk tingkah laku yang menyumbang kepada pemecah ketidaktelusan pengurusan akauntabiliti NGO kemanusiaan. Berbentuk pendekatan kualitatif dengan menemu bual informan yang terlibat secara langsung dalam kerja NGO, kajian telah dapat menjawab bahawa tingkah laku yang menjadi tendensi kepada ketidak-transparensi dalam NGO adalah melibatkan ketidaktelusan dalam pengurusan kewangan, tidak melaporkan laporan kewangan dalam kalangan pekerja organisasi dan kepada orang luar, terakhir, keraguan peratusan wang sumbangan yang diambil organisasi. Secara tidak langsung, dapatan tiga sifat ini dapat memberi pendedahan kepada NGO supaya menjauhinya bagi menjaga kredibiliti akauntabiliti. Kajian ini percaya bahawa kejayaan sesebuah bantuan kemanusiaan adalah bergantung kepada tadbir urus yang baik. Informasi yang dikongsi NGO mengenai nilai sumbangan, kos perbelanjaan, projek dan impak yang dicapai adalah bertujuan memaparkan produktiviti seiring dalam menarik lebih ramai penyumbang untuk memberi sumbangan.

Item Type:Article
Keywords:Akauntabiliti; Ketidaktelusan; NGO; Sumbangan; Transparensi
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:24064
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:21 Aug 2024 07:15
Last Modified:23 Aug 2024 03:15

Repository Staff Only: item control page