Siti Sabrina Imji Rahim, and Mohd Ikbal Mohd Huda, and Ravichandran Moorthy, (2023) Struktur Sistem Pengurusan Krisis/Ancaman Ketenteraman Awam oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN): kajian kes Rusuhan Kaum 13 Mei 1969, Peristiwa Kampung Medan 2001 dan isu Kuil Sri Maha Mariamman 2018. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (4). pp. 435-450. ISSN 2180-0251
PDF
599kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Abstract
Krisis/Ancaman ketenteraman awam telah mendapat perhatian kerajaan Malaysia apabila ianya telah menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa rakyat serta kerosakan harta benda, sehingga merugikan negara dan menjejaskan ekonomi. Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan agensi penyelaras utama yang bertanggungjawab menangani krisis/ancaman ketenteraman awam ini. Kajian dilaksanakan untuk menilai keberkesanan penglibatan MKN dalam menangani krisis/ancaman ketenteraman awam yang berlaku di Malaysia. Analisis juga akan menilai tahap koordinasi MKN dengan agensi-agensi keselamatan yang lain dan keberkesanan penyelarasan MKN Pusat dengan MKN Negeri dalam menangani krisis/ancaman ketenteraman awam ini. Analisis tertumpu kepada tiga (3) insiden yang pernah menjadi sejarah hitam negara iaitu Rusuhan Kaum 13 Mei 1969, Peristiwa Kampung Medan 2001 dan Kuil Sri Maha Mariamman 2018. Kaedah kajian dilaksanakan melalui kaedah kualitatif dan analisis dengan merujuk kepada dokumen primer dan sekunder seperti laporan rasmi, jurnal akademik dan berita atas talian, serta pengaplikasian model kajian iaitu Tripartite Model of National Security (3Ps Model / Model 3P). Hasil analisis mendapati bahawa penglibatan MKN adalah reaktif dalam memainkan peranannya menangani ketiga-tiga insiden ini. Koordinasi MKN dengan agensi-agensi keselamatan yang lain adalah aktif pada ketiga-tiga insiden ini jua, namun penyelarasan dengan MKN Negeri adalah separa berkesan disebabkan kurangnya penyelarasan daripada MKN Pusat. Oleh itu, MKN perlu sentiasa memastikan strategi dan pendekatan yang diambil adalah efektif bagi memastikan kedudukannya sebagai agensi penyelaras utama keselamatan negara yang relevan, berkesan dan dipercayai.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Krisis/Ancaman Ketenteraman Awam; Majlis Keselamatan Negara (MKN); Keberkesanan Penglibatan; Koordinasi Antara Agensi; Penyelarasan MKN Pusat dan MKN Negeri |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 24065 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 21 Aug 2024 07:15 |
Last Modified: | 23 Aug 2024 03:17 |
Repository Staff Only: item control page