Keberkesanan strategi Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 di Semenanjung Malaysia: penonjolan golongan Islamis

Adibah Yasmin Alias, and Jamaie Haji Hamil, (2023) Keberkesanan strategi Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 di Semenanjung Malaysia: penonjolan golongan Islamis. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (4). pp. 451-473. ISSN 2180-0251

[img] PDF
741kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu menyaksikan buat pertama kalinya parlimen tergantung dan berlakunya satu gelombang penolakan besar-besaran kepada Barisan Nasional dan peningkatan yang memberangsangkan kepada Perikatan Nasional khususnya PAS. Manakala kerusi parlimen Pakatan Harapan pula berlaku sedikit pengurangan berbanding PRU-14 yang lalu. Justeru, penulisan artikel ini bertujuan untuk menganalisis penonjolan Islamis di dalam PRU-15 memandangkan berlakunya peningkatan kerusi Parlimen PAS yang begitu ketara sekali. Artikel ini juga turut memfokuskan keberkesanan strategi Perikatan Nasional dalam meraih sokongan undi. Bertunjangkan konsep Islamisme artikel ini turut membahaskan kemunculan Islamis radikal di dalam tempoh kempen PRU-15. Kemudian, konsep identifikasi parti digunakan bagi membincangkan penguasaan tiga buah negeri oleh PN dalam PRN 6 Negeri 2023. Kajian ini juga menggunakaan pendekatan kuantitatif iaitu melalui olahan data keputusan PRU-15 bagi kerusi parlimen dan DUN termasuk PRN 6 Negeri 2023 Semenanjung Malaysia dan kualitatif menerusi sumber sekunder. Kajian ini dianalisis secara deskriptif yang melibatkan adunan data kuantitatif dan kualitatif. Hasil kajian ini menunjukkan setiap gabungan parti politik seperti PH, PN dan BN mempunyai golongan Islamis mereka. Namun, di dalam PRU-15 ini strategi PN lebih berkesan dan diterima oleh kawasan majoriti orang Melayu sehingga memberi keuntungan kepada Islamis PAS-PN untuk memperoleh empat puluh sembilan kerusi parlimen. Antara strategi yang digunakan oleh PN ialah penekanan kepada naratif agama dan kaum, kempen media sosial yang berkesan dan kempen agama dan kaum secara maksima. Kesimpulannya, politik identiti yang bertunjangkan kepada naratif agama dan kaum masih lagi relevan di dalam landskap politik di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:PRU-15; Islamis; Islamisme; Islamis Radikal; Agama dan kaum
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:24066
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:21 Aug 2024 07:15
Last Modified:23 Aug 2024 03:18

Repository Staff Only: item control page