Analisis penerokaan faktor ketidakupayaan pemilikan kediaman mampu milik dan pemprofilan pembeli berkemampuan

Sathees Balachandru, and Ahmad Firdhaus Arham, and Muhammad Firdaus Aziz, and Jamsari Alias, and Nurul Hanis Aminuddin Jafry, and Ahmad Fadhly Arham, and Nor Sabrena Norizan, and Ainoriza Mohd Aini, (2023) Analisis penerokaan faktor ketidakupayaan pemilikan kediaman mampu milik dan pemprofilan pembeli berkemampuan. Jurnal Personalia Pelajar, 26 (2). pp. 51-57. ISSN 0128-2735

[img] PDF
252kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Kediaman selesa adalah keperluan asas bagi setiap individu di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ia merupakan matlamat utama yang menggambarkan kejayaan sesebuah negara dari aspek penerimaan sosial dan pertumbuhan ekonomi. Jelas menunjukan golongan berpendapatan rendah dan sederhana juga mengimpikan sebuah kediaman yang mampu dimiliki. Oleh itu, Semua golongan individu yang mempunyai pendapatan yang berbeza telah diteliti dalam kajian ini untuk mengenalpasti faktor-faktor ketidakupayaan pemilikan kediaman mampu milik di Malaysia. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengetahui apa yang menyebabkan rakyat Malaysia sukar untuk membeli sebuah kediaman. Metodologi dalam kajian ini adalah dengan meneliti beberapa kajian lepas dengan menggunakan pendekatan penerokaan. Matlamatnya adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak berupaya untuk memiliki kediaman sendiri. Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa terdapat empat faktor yang menyukarkan rakyat Malaysia untuk membeli rumah mampu milik: (1) harga rumah yang tinggi dengan pendapatan isi rumah yang rendah; (2) kualiti dan pembinaan rumah mampu milik yang tidak konsisten; (3) kurang pilihan untuk pembiayaan kediaman; dan (4) lokasi perumahan yang tidak sesuai untuk didiami. Kajian ini juga menambah kefahaman terhadap faktor-faktor ketidakupayaan pemilikan rumah mampu milik yang perlu diambil berat di Malaysia supaya pihak berkepentingan boleh menggunakannya sebagai panduan.

Item Type:Article
Keywords:Faktor Ketidakupayaan: Pemilikan Rumah: Pendapatan: Harga Rumah: Lokasi Perumahan: Profil Pembeli
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:24077
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:28 Aug 2024 07:52
Last Modified:28 Aug 2024 07:52

Repository Staff Only: item control page