Menyelusuri Filem Melayu dengan subjek Sastera Melayu

Nur Afifah Vanitha Abdullah, and Siti Nur Izra Safra' Abdul Halim, and Fatimah Muhd Shukri, (2024) Menyelusuri Filem Melayu dengan subjek Sastera Melayu. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 51 (2). pp. 141-155. ISSN 2180-0251

[img] PDF
490kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Bahan sastera Melayu telah diangkat sebagai subjek naratif filem Melayu sejak tahun 1956. Namun begitu, terdapat jurang ilmu yang ketara berhubung korpus ilmu tentang kemunculan dan perkembangan karya sastera Melayu sebagai naratif filem Melayu. Justeru itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan, ‘apakah bentuk genre karya sastera Melayu dan bila ia diangkat sebagai subjek filem Melayu? Artikel ini bersandarkan data daripada penyelidikan asas dengan reka bentuk kajian kualitatif, dan pendekatan historikal sebagai kerangkanya. Kajian ini mengaplikasi kaedah analisis kandungan bagi meneliti bahan dalam bentuk cetak serta digital. Bahan utama adalah filem-filem sastera Melayu untuk memperolehi data berhubung naratif sastera dalam filem-filem Melayu, selain laman web FINAS, surat khabar dan dokumentasi ilmiah yang lepas. Artikel ini merakamkan bahawa sejak tahun 1956, pelbagai genre sastera telah diangkat sebagai subjek filem Melayu, antaranya adalah genre sastera lisan, novel tersohor dan novel popular. Filem Melayu pertama yang mengangkat sastera sebagai naratif penceritaan adalah filem Hikayat Hang Tuah1. Filem dengan subjek sastera telah diangkat oleh pengarah dari negara India dan Melayu pada era perkembangan awal filem Melayu di Singapura. Kemunculan pengarah filem Melayu kemudiannya pula menghasilkan lima buah filem hikayat, manakala filem Melayu yang mengangkat novel pula bermula sekitar tahun 1980-an. Dapatan kajian juga mengesahkan bahawa kebanyakkan filem Melayu yang mengangkat subjek sastera sama ada meraih kemenangan dalam pertandingan filem dalam negara mahupun antarabangsa, selain meraih kutipan tiket yang cemerlang pada waktu ia ditayangkan.

Item Type:Article
Keywords:Filem Melayu; Industri Filem; Naratif; Sastera; Sejarah
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:24079
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 Sep 2024 07:12
Last Modified:04 Sep 2024 06:15

Repository Staff Only: item control page