Evolusi perolehan awam di Malaysia dari Era Kolonial British sehingga pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

Muhammad Firdaus Azizan, and Sity Daud, and Jamaie Hamil, (2024) Evolusi perolehan awam di Malaysia dari Era Kolonial British sehingga pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 51 (2). pp. 156-178. ISSN 2180-0251

[img] PDF
600kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Artikel ini merupakan satu analisis terhadap evolusi dan perubahan yang berlaku dalam perolehan awam di Malaysia dari dua era iaitu era kolonialisme British dan era pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Objektif yang disasarkan adalah untuk mengupas perubahan yang berlaku dalam perolehan awam dalam tempoh berkenaan, menganalisis sebab dan faktor mengapa perubahan tersebut berlaku dan seterusnya impak yang ditinggalkan. Hal ini penting kerana dasar perolehan awam dalam dua tempoh tersebut telah menjadi asas kepada apa yang wujud dalam sistem perolehan kerajaan yang berjalan pada hari ini. Faktor politik dan halatuju pemerintah didapati memainkan peranan dalam mencorakkan bentuk perolehan awam pada kedua-dua era berkenaan dan ia dilegitimasikan secara sistematik. British telah menjadikan perbelanjaan awam berjalan mengikut acuan dan telunjuk mereka walaupun sultan masih menjadi pemerintah tertinggi di sesebuah negeri. Melalui terma “menasihatkan” berbanding “mengarahkan” dalam menguruskan pentadbiran, British menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan sebagai alat kawalan yang sah untuk mengawal dan menguasai pentadbiran kewangan di negeri-negeri jajahan mereka. Pengurusan perolehan pada era penjajahan dijalankan oleh crown agent yang memainkan peranan mewakili pemerintah tertinggi British di London. Peranan crown agent ini menjadi dominan dan ia berterusan sehingga selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan. DEB yang dilancarkan pada 1971 menyaksikan transisi penting di mana wujud peranan kerajaan yang diwakili anak tempatan secara jelas dengan terlibat lebih aktif dalam agenda pembangunan negara melalui perolehan awam. Ini berlaku melalui pelaksanaan dasar afirmatif dalam bentuk perundangan, kerangka birokrasi dan sistem kuota. Hal ini telah memberi kesan kepada dasar perolehan awam negara sehingga kini.

Item Type:Article
Keywords:Perolehan awam; Transisi; Kolonialisme; Crown agent; Tindakan afirmatif
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:24080
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 Sep 2024 07:12
Last Modified:04 Sep 2024 06:16

Repository Staff Only: item control page