Dasar Pentadbir British terhadap penanaman kelapa dalam kalangan Orang Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu semasa penjajahan, 1874-1940

Siti Noor Hafizah Mohamed Sharif, and Nazarudin Safian, (2024) Dasar Pentadbir British terhadap penanaman kelapa dalam kalangan Orang Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu semasa penjajahan, 1874-1940. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 51 (2). pp. 199-217. ISSN 2180-0251

[img] PDF
657kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Artikel ini membincangkan dasar pentadbir British terhadap penanaman kelapa orang Melayu sebagai tanaman komersial untuk tujuan eksport. Dalam aktiviti pertanian komersial kelapa untuk tujuan eksport, pentadbir British bukan hanya tidak menghalang bahkan berusaha untuk mempengaruhi orang Melayu untuk terus terlibat dengan tanaman kelapa. Namun, dasar pentadbir British terhadap tanaman kelapa oleh orang Melayu secara khusus masih tidak diperincikan oleh penulisan-penulisan lepas. Sebaliknya, penulisan-penulisan lepas hanya memfokuskan kepada tindakan British dalam mengkomersialkan hasil kelapa dan kesan sosioekonomi ekoran perkembangan tanaman kelapa secara umum. Maka, penulisan ini memfokuskan perbincangan kepada dasar pentadbir British yang khusus terhadap penanaman kelapa orang Melayu, tujuan pentadbir British bersikap sedemikian serta usaha yang dilakukan bagi mempengaruhi orang Melayu terus menanam kelapa. Penulisan ini berhujah pentadbir British berusaha menggalakkan dan mempengaruhi orang Melayu untuk terus menanam kelapa bagi mempelbagaikan hasil pertanian untuk dieksport ke luar negara agar dapat mengurangkan kebergantungan kepada tanaman getah dan seterusnya meningkatkan pendapatan melalui eksport serta bertujuan memenuhi keperluan sektor pembuatan di Tanah Melayu sendiri. Usaha pentadbir British dalam menggalakkan penanaman kelapa dalam kalangan orang Melayu ini tidak semata-mata dalam galakan berbentuk positif tetapi juga turut dilaksanakan dalam bentuk paksaan. Penulisan ini menggunakan pendekatan sejarah iaitu kaedah analisis sumber primer yang berupa rekod-rekod rasmi pentadbir British seperti Year Book And Manual of Statistics, Malayan Agricultural Journal, Federated Malay States Gazette, Agricultural Bulletin of the Straits and Federated Malays States dan pelbagai lagi rekod pentadbir British yang berkaitan.

Item Type:Article
Keywords:Tanah Melayu; Kelapa; Copra; Penjajahan British; Orang Melayu
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:24082
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 Sep 2024 07:12
Last Modified:04 Sep 2024 06:18

Repository Staff Only: item control page