Abdul Muein Abadi, (2024) Kedinamikan kuasa pertahanan di Asia Tenggara: analisis terhadap keupayaan kapal selam di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Singapura. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 51 (2). pp. 237-256. ISSN 2180-0251
PDF
513kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/index
Abstract
Era pasca Perang Dingin di Asia Tenggara telah menyaksikan peningkatan ketara dalam perolehan kapal selam, mengakibatkan lonjakan besar dari segi jumlah pengendali kapal selam serantau. Trend ini mendorong persoalan-persoalan berikut: Mengapa kapal selam menjadi pilihan kuasa-kuasa serantau di Asia Tenggara, bagaimanakah proses perolehannya, dan apakah implikasi daripada trend ini? Kajian ini menjalankan analisis perbandingan kes perolehan kapal selam di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Singapura, melalui sumber penelitian kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa kerajaan dan badan-badan pertahanan. Hasil kajian menunjukkan bahawa perolehan kapal selam Malaysia, Indonesia dan Singapura berkemungkinan didorong oleh pertimbangan pencegahan dan penguatkuasaan, manakala Vietnam pula lebih didorong oleh pencegahan terhadap China. Dapatan kajian ini sangat penting kerana ia menonjolkan kepentingan untuk mengurangkan risiko berkaitan kapal selam serantau, seperti konflik dasar laut atau kemalangan, sama ada dengan mengurangkan persepsi ancaman dalam kalangan negara ASEAN serta meneroka pendekatan yang berkesan untuk penguatkuasaan domain bawah laut.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Asia Tenggara; Kapal selam; Laut China Selatan; Pencegahan; Geopolitik |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 24084 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 03 Sep 2024 07:11 |
Last Modified: | 04 Sep 2024 06:19 |
Repository Staff Only: item control page