Siti Nurfatin Norasid, and Muhamad Faisal Ashaari, (2024) Sorotan karya bersistematik kesan penggunaan media sosial terhadap kesihatan mental di Malaysia. Al-Hikmah, 16 (1). pp. 1-21. ISSN 1985--6822
PDF
444kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...
Abstract
Pada awal tahun 2023, Malaysia mencapai kadar tembus Internet yang tinggi iaitu 96.8% daripada jumlah penduduk Malaysia. Kadar ini membuktikan bahawa penggunaan media baharu Malaysia di setanding negara maju lain. Walau bagaimanapun, peningkatan pengguna media sosial tidaklah membuktikan kebahagiaan buat mereka kerana kajian awal mendapati ada hubungan antara penggunaan media sosial dengan kesihatan mental di Malaysia. Walau bagaimanapun, kajian lalu tentang hubungan penggunaan media sosial dengan kesihatan mental masih belum dikaji secara menyeluruh. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk membuat kajian tentang kesan penggunaan media sosial terhadap permasalahan kesihatan mental dengan menggunakan metode sorotan karya bersistematik (Systematic Literature Review). Carian yang dibuat menggunakan kata kunci dalam pangkalan data Scopus yang berkaitan dengan kesan penggunaan media sosial dan masalah kesihatan mental, memperoleh 34,056 artikel. Kemudian disaring dengan beberapa kriteria sehingga memperoleh 195 artikel dan seterusnya disaring lagi secara manual sehingga 53 artikel. Artikel ini disaring sekali lagi untuk memenuhi kriteria kajian iaitu kesan penggunaan media sosial terhadap kesihatan mental dan mendapati 11 artikel yang akhirnya terpilih. Kajian mendapati bahawa penggunaan media sosial di Malaysia pada tahap yang tinggi sehingga membawa kepada ketagihan dalam kalangan penduduk Malaysia terutamanya anak-anak muda yang berumur lingkungan 15 tahun hingga 30 tahun. Selain itu, kajian mendapati bahawa antara permasalahan kesihatan mental hasil daripada penggunaan media sosial di Malaysia meliputi kemurungan, problematic smartphone use (PSU), kebimbangan, tekanan, kesunyian, technostress, gangguan hidup dan neurotikism. Artikel ini membincangkan cadangan untuk menangani permasalahan fizikal, mental mahupun rohani pengguna media sosial. Dapatan ini boleh dijadikan panduan kepada kajian seterusnya bagi khasnya kajian rentas keratan (cross sectional study) untuk mengkaji kelaziman penggunaan dan kaitannya dengan kesihatan mental.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Media sosia; Kesihatan mental; Ketagihan; Malaysia; Sorotan karya bersistematik |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 24092 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 03 Sep 2024 06:35 |
Last Modified: | 03 Sep 2024 06:35 |
Repository Staff Only: item control page