Dapatan awal perlaksanaan pedagogi kreatif dalam Kursus CITRA terpilih di Universiti Kebangsaan Malaysia

Jamsari Alias, and Mohamad Mohsin Mohamad Said, and Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, (2024) Dapatan awal perlaksanaan pedagogi kreatif dalam Kursus CITRA terpilih di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 49 (1). pp. 67-81. ISSN 2600-8823

[img] PDF
340kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend

Abstract

Inovasi dan kreativiti adalah antara tema-tema penting bukan sahaja dalam bidang perniagaan bahkan juga dalam bidang pendidikan. Keperluan untuk memupuk kreativiti dan inovasi telah menjadi keutamaan dalam bidang pendidikan, politik dan perniagaan. Langkah-langkah perlaksanaan pedagogi kreatif dalam kalangan pelajar CITRA Universiti Kebangsaan Malaysia berkait dengan kepercayaan bahawa kreativiti boleh dipupuk, kefahaman mengenai kreativiti perlu ditingkatkan, dan keperluan untuk membuat refleksi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenalpasti persepsi pelajar sama ada pengajaran pensyarah merangsang kreativiti mereka; dan mengenalpasti kaedah pengajaran dalam dewan kuliah yang membantu memupuk kreativiti pelajar. Sampel terdiri daripada 94 pelajar universiti dari pelbagai peringkat dan bidang pengkhususan melalui tiga kursus Citra yang terpilih khas untuk kajian ini. Data dikumpul melalui soal selidik dengan 37 item dan empat konstruk: Insentif kepada idea-idea baru, Iklim untuk Pengajaran Idea, Kaedah Penilaian dan Pengajaran dan Minat terhadap pembelajaran pelajar. Data telah dianalisis melalui SPSS. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk quasi eskperimental dalam tempoh satu semester. Hasil kajian mendapati kaedah persembahan tajuk/topik dan perbincangan dalam kumpulan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik yang dapat meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan pelajar. Selain itu, dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan yang sangat sedikit di antara amalan pengajaran dan pembelajaran kreativiti sebelum dan selepas intervensi dilakukan. Perbezaan yang sedikit ini menunjukkan pelbagai usaha harus dilakukan bagi meningkatkan kebolehan para pensyarah untuk mengajar kreativiti merentas kurikulum pada semester yang akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Kreativiti; Intervensi; Skala; Pengajaran dan pembelajaran
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:24093
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 Sep 2024 07:07
Last Modified:05 Sep 2024 05:06

Repository Staff Only: item control page