Tema dakwah dalam galeri Muzium Pahang

Azman Yusof, and Rahimin Affandi Abdul Rahim, and Siti Maimunah Hj Kahal, (2024) Tema dakwah dalam galeri Muzium Pahang. Al-Hikmah, 16 (1). pp. 22-34. ISSN 1985--6822

[img] PDF
414kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...

Abstract

Berdasarkan kajian Sirah Nabawiyah dan kajian ke atas pendakwah silam dan kontemporari, didapati medium penyampaian dakwah yang digunakan adalah bersifat dinamik; boleh berubah atau dipelbagaikan melalui penciptaan kaedah baharu yang sesuai dengan keperluan semasa. Di Alam Melayu umpamanya, Wali Songo telah mencipta wayang kulit sebagai medium dakwah. Begitu juga dengan Nahdatul Ulama, mereka menggubah dan mendendangkan lagu-lagu bertemakan ketuhanan yang menjadi siulan para pendengar. Ia tidak terhad kepada kaedah ceramah atau khutbah semata-mata. Dewasa ini, perkembangan pesat institusi muzium sebagai institusi terpenting yang memainkan peranan mengumpul, menjaga, merawat serta mempamerkan warisan ketara (tangible) dan tak ketara (intangible) sejarah sesuatu bangsa.turut membuka peluang sebagai salah satu medium penyampaian dakwah Islamiah yang berkesan. Justeru, kajian ini akan menumpukan perhatian pada tema dakwah yang diusahakan oleh institusi Muzium Pahang. Dalam menyiapkan kajian ini, kaedah analisis deskriptif-kritikal telah digunakan yang mana penyelidik meneliti dan menganalisis dokumen pensejarahan yang terdapat pada Galeri Kehambaan di Muzium Pahang. Hasil kajian ini mendapati :1) Muzium mampu menjalankan misi dakwah melalui pedagogi pameran galeri artifak sebagai suplimentari kepada pendidikan di sekolah, 2) Galeri Kehambaan menekankan beberapa tema dakwah khusus iaitu; a) kaitan antara tiga ilmu Islam iaitu Syariah, Usuluddin dan Tasawuf; b) hubungan simbiosis antara ilmu, kekuasaan dan jihad; dan c) manfaat asma’ Allah al-husna dalam hidup manusia. Melalui penemuan ini, ia membuktikan bahawa muzium telah memainkan peranan sebagai medium dakwah yang berkesan dan telah dibuktikan oleh Muzium Pahang.

Item Type:Article
Keywords:Tema dakwah; Pendekatan dinamik; Islam; Alam Melayu; Muzium Pahang
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:24095
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:03 Sep 2024 06:42
Last Modified:03 Sep 2024 06:42

Repository Staff Only: item control page