Kajian perbandingan model bandar pintar di beberapa bandar terpilih di Malaysia

Zainol Mustafa, and Mas Nordiana Rusli, and Wan Rosmanira Ismail, and Nur Riza Mohd Suradi, and Zamira Hasanah Zamzuri, and Adilah A. Wahab, and Norkisme Zainal Abidin, and Norhishah Elias, (2024) Kajian perbandingan model bandar pintar di beberapa bandar terpilih di Malaysia. Journal of Quality Measurement and Analysis, 20 (2). pp. 163-179. ISSN 2600-8602

[img] PDF
836kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma

Abstract

Perkembangan teknologi dan era globalisasi yang pesat di dunia serta permasalahan perbandaran yang dihadapi menjadi pemacu dan pemangkin dalam pembentukan bandar pintar. Bagi membentuk bandar pintar yang mencapai matlamat dan objektif yang digariskan, pembuat dasar perlu menyediakan rangka kerja atau model bandar pintar yang jelas, objektif dan strategic seterusnya memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat. Pembentukan model bandar pintar di Malaysia dijadikan sebagai perancangan strategik sama ada di peringkat persekutuan atau negeri atau pihak berkuasa tempatan yang menjadi panduan pelaksanaan kepada semua pihak berkepentingan. Kajian ini merupakan suatu tinjauan awal berhubung pembentukan model bandar pintar di Malaysia berdasarkan kepada penyediaan rangka kerja yang telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan model, domain dan matlamat dalam pembentukan bandar pintar di Malaysia berbanding model bandar pintar global. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif kepada rangka kerja dan bahan kepustakaan yang berkaitan dengan bandar pintar di peringkat global dan Malaysia. Melalui analisis yang dijalankan didapati model pembentukan bandar pintar yang dibangunkan di peringkat persekutuan, negeri dan pihak tempatan di Malaysia adalah seiring dengan model bandar pintar global yang telah terbukti kejayaannya dalam membentuk bandar pintar dunia. Penunjuk prestasi dan matlamat yang seiring di peringkat global menjamin pembentukan bandar pintar yang mampan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Bandar pintar; Perancangan strategik; Kemampanan bandar; Malaysia
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:24111
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:04 Sep 2024 08:13
Last Modified:06 Sep 2024 00:59

Repository Staff Only: item control page