Kepelbagaian bakteria pada cap jari kanak-kanak taska dan montessori sebelum dan selepas pendedahan terhadap teknik pembasuhan tangan yang betul

Fatin Hafizah Hassni, and Shubatra Nahenthara Raj, and Yip, Chee Wai and Nazlina Haiza Mohd Yasin, and Nur Hazlin Hazrin Chong, and Wan Syaidatul Aqma Wan Mohd Noor, and Norefrina Shafinaz Md Nor, (2024) Kepelbagaian bakteria pada cap jari kanak-kanak taska dan montessori sebelum dan selepas pendedahan terhadap teknik pembasuhan tangan yang betul. Sains Malaysiana, 53 (6). pp. 1235-1242. ISSN 0126-6039

[img] PDF
307kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num6_...

Abstract

Bakteria patogen hadir dan boleh berjangkit melalui pelumusan tangan dalam kalangan kanak-kanak di taska dan montessori. Keadaan ini berpotensi menyebabkan jangkitan bakteria kronik, justeru telah menimbulkan kebimbangan dari segi isu kesihatan awam kanak-kanak di Malaysia. Kaedah mencuci tangan dengan betul dapat mengurangkan risiko jangkitan bakteria melalui sentuhan langsung. Kajian ini telah direka dengan mengambil kira faktor umur dan jantina terhadap kepelbagaian bakteria pada cap jari kanak-kanak sebelum dan selepas mencuci tangan dengan sabun. Tiga taska dan montessori di kawasan Bangi, Selangor telah dipilih bagi pendedahan terhadap modul pembasuhan tangan yang betul. Persampelan cap ibu jari kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun dilakukan pada agar nutrien bagi menunjukkan kepada peserta kesan pembasuhan tangan terhadap baketeria sebelum dan selepas pembasuhan tangan. Ujian biokimia dan penjujukan 16S rDNA dilakukan untuk pengenalpastian spesies pencilan. Antara spesies yang dipencilkan adalah Staphylococcus aureus, S. epidermidis, Bacillus cereus, Listeria monocytogenes dan L. welshimeri. Hasil kajian mendapati kepelbagaian bakteria pada cap jari kanak-kanak perempuan lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki namun kepelbagaian bakteria berdasarkan umur tidak menunjukkan corak yang jelas antara ketiga-tiga tadika yang disampel. Justeru, pendidikan tentang teknik cucian tangan yang betul dalam kalangan kanak-kanak adalah penting bagi mengurangkan jangkitan serta penyebaran bakteria tersebut di dalam persekitaran pusat asuhan.

Item Type:Article
Keywords:Cucian tangan; Kanak-kanak; Pelumusan tangan; Patogen
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24115
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:05 Sep 2024 03:17
Last Modified:11 Sep 2024 01:31

Repository Staff Only: item control page