Zaleha Shafiei, and Noraziah Mohamad Zin, and Nur Dini Muhamad Adli, and Fatin Nur Mazida Salwa Mazlan, and Mohd Nizam Lani, and Zamirah Zainal Abidin, (2024) Aktiviti antibakteria lactiplantibacillus sp. SUK1-terbitan susu manusia dan produk bakteriosin separatulen terhadap porphyromonas gingivalis. Sains Malaysiana, 53 (6). pp. 1363-1375. ISSN 0126-6039
PDF
576kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/3l/issue/view/1668
Abstract
Penemuan probiotik daripada susu badan manusia dapat memberi manfaat dalam mengurangkan kebolehjangkitan P. gingivalis. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti potensi Lactiplantibacillus sp. yang dipencil daripada susu badan manusia untuk mengurangkan kebolehjangkitan P. gingivalis seterusnya mencirikan Lactiplantibacillus sp. yang paling berpotensi mempunyai aktiviti antibakteria. Sepuluh koloni spesies Lactiplantibacillus dengan ciri Gram-positif berbentuk bacillus, katalase negatif dan oksidase negatif dikenal pasti, namun hanya tiga koloni telah dipilih yang dikenali sebagai Lactiplantibacillus sp. SUK1, SUK2, SUK3 dan diuji aktiviti antibakteria terhadap P. gingivalis. Larutan kultur sel Lactiplantibacillus sp. SUK1 menunjukkan aktiviti perencatan yang kuat pada ujian Spot Lawn (29.33 ± 1.16 mm) dan difusi telaga agar (51.33 ± 4.73 mm), tetapi tiada aktiviti dalam ujian difusi telaga agar yang menggunakan supernatan tanpa sel yang dineutralkan dan yang tidak dineutralkan. Walau bagaimanapun, supernatan tanpa sel yang dipekatkan menunjukkan zon perencatan (13.0 ± 0.07 mm). Bakteriosin separa tulennya yang diektrak daripada pemendakan ammnonia sulfat (80%) telah merencat P. gingivalis secara berkesan, dengan pertumbuhan terendah sebanyak 40.3% pada kepekatan bakteriosin 0.8%. Analisis penjujukan 16S rRNA mencirikan Lactiplantibacillus sp. SUK1 sebagai Lactiplantibacillus pentosus strain 124-2 dengan 99.87% persamaan. Lactiplantibacillus sp. SUK1 yang dipencil daripada susu badan manusia mempunyai ciri probiotik dengan merencat pertumbuhan P. gingivalis dan bakteriosinnya dapat digunakan sebagai bahan alternatif dalam produk penjagaan kebersihan mulut bagi mencegah dan merawat penyakit periodontium.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Antibakteria; Bakteriosin separa tulen; Lactiplantibacillus sp. SUK1; Penjujukan 16S rRNA; Porphyromonas gingivalis |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24125 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 05 Sep 2024 04:59 |
Last Modified: | 05 Sep 2024 04:59 |
Repository Staff Only: item control page