Persepsi pelajar terhadap peruntukan kerajaan untuk mengatasi kemiskinan di Malaysia

Jesslyn Eng Yi Sin, and Doris Padmini Selvaratnam, (2024) Persepsi pelajar terhadap peruntukan kerajaan untuk mengatasi kemiskinan di Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 27 (2). pp. 95-105. ISSN 0128-2735

[img] PDF
232kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Kemiskinan merupakan sesuatu isu agenda pembangunan yang mempengaruhi pembentukan dasar pembangunan di Malaysia. Malaysia semakin menuju ke arah negara berstatus maju, tetapi isu kemiskinan masih wujud dan bertambah buruk. Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap peruntukan kerajaan untuk mengatasi kemiskinan di Malaysia. Seramai 100 orang pelajar universiti telah memberi balas terhadap soal selidik yang telah dibangunkan berdasarkan kajian literatur dan diedarkan secara google form dalam media sosial. Kajian ini mencadangkan pihak kerajaan perlu memberi bantuan dan mengatasi masalah kemiskinan dengan penambahan peruntukan peruntukan kerajaan. Hal ini agar masalah kemiskinan dapat diatasi, jurang pendapatan dapat dikurangkan serta taraf hidup dan pembangunan negara dapat ditingkatkan di Malaysia. Kajian juga akan mencadangkan beberapa strategi kerajaan bagi mengatasi masalah kemiskinan ini.

Item Type:Article
Keywords:Kemiskinan; Golongan pelajar; Peranan kerajaan; Strategik kerajaan; Malaysia
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:24133
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:09 Sep 2024 01:16
Last Modified:10 Sep 2024 01:42

Repository Staff Only: item control page