Pengaruh diet pemakanan dan gaya hidup sihat terhadap prestasi pembelajaran mahasiswa UTHM Pagoh

Arwansyah Kirin, and Edriagus Saputra, and Ramdan Baba, (2024) Pengaruh diet pemakanan dan gaya hidup sihat terhadap prestasi pembelajaran mahasiswa UTHM Pagoh. Jurnal Personalia Pelajar, 27 (2). pp. 67-77. ISSN 0128-2735

[img] PDF
300kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Gaya hidup sihat dengan menormalkan diet pemakanan seimbang memberi kesan positif kepada kesihatan fizikal dan kecerdasan minda seseorang. Tabiat makan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan prestasi akademik terutamanya mahasiswa. Namun begitu, prestasi pembelajaran mahasiswa di universiti terlihat menurun disebabkan oleh aspek pemakanan yang tidak seimbang serta rehat yang tidak mencukupi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kekerapan diet dan gaya hidup sihat yang diamalkan oleh mahasiswa UTHM Pagoh serta menganalisis kesannya terhadap prestasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan teknik tinjauan dan soal selidik sebagai instrumen penelitian. Responden dalam kajian ini adalah mahasiswa UTHM pagoh dan sampel sebanyak 112 responden telah diambil menggunakan teknik persampelan non-probability. Analisis data dilakukan dengan menggunakan uji regresi linear berganda dan analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan kekerapan diet pemakanan mahasiswa UTHM Pagoh adalah sekali-sekala dengan nilai purata (3.37) dan pengamalan gaya hidup sihat dengan nilai purata (3.27). Amalan gaya hidup sihat mempunyai hubungan yang kuat dengan prestasi akademik mahasiswa dengan nilai signifikan 0.17 < 0,05 dan nilai t hitung 2.421 > t table 1.981, manakala diet pemakanan tidak terdapat hubungan yang serius dengan nilai signifikan 0.310 > 0,05 dan nilai t hitung -1.019 < t table 1.981. Walau bagaimanapun kedua-dua amalan menunjukkan hubungan yang kuat dengan prestasi mahasiswa dengan nilai signifikan 0.04 < 0,05 dan nilai f hitung 3.300 < f table 3.080 dengan pengaruh sebesar 57,0%.

Item Type:Article
Keywords:Diet Pemakanan; Gaya Hidup Sihat; Prestasi; UTHM Pagoh
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:24135
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:09 Sep 2024 01:32
Last Modified:10 Sep 2024 01:44

Repository Staff Only: item control page