Mohd Azul Mohamad Salleh, and Mohamad Adli Baco, and Arena Che Kasim, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusof, (2024) Tahap ketagihan skrin dalam kalangan belia Institusi Pengajian Tinggi di Lembah Klang. Jurnal Personalia Pelajar, 27 (2). pp. 55-65. ISSN 0128-2735
PDF
268kB |
Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...
Abstract
Ketagihan teknologi menjadi fenomena yang membimbangkan dan memberikan impak negatif kepada kehidupan seseorang . Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap ketagihan skrin dalam kalangan belia Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Lembah Klang. Kaedah metodologi dalam kajian ini adalah secara kuantitatif melalui tinjauan soal selidik. Persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak berstrata dari belia IPT Awam (IP TA) iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Seramai 400 responden terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah Ketagihan Skrin (Screen Addiction Test) diadaptasi daripada instrumen Internet Addiction Test (IAT) oleh Kimberly Young (1998); Widiyanto et al. (2004) dan juga Instrumen Smartphone Addiction Inventory (SPAI) oleh Mator Boumashleh et al. (2017) bagi mengkaji tahap ketagihan skrin. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS 26). Kajian mendapati tahap ketagihan skrin dalam kalangan belia IPT di Lembah Klang berada pada tahap yang tinggi iaitu (Min: 3.7014, Sp: .37606). Ketagihan skrin diukur berdasarkan tujuh konstruk iaitu hubungan berorientasikan media sosial, tingkah laku kompulsif, keutamaan, kebergantungan, kemerosotan fungsi diri dan sikap kehidupan beragama. Analisis dapatan Ujian T, mendapati tiada perbezaan yang signifikan dalam ketagihan skrin bagi jantina belia IPT. Justeru itu, tahap ketagihan skrin dalam kalangan belia IPT adalah tinggi. Justeru itu, hasil dapatan kajian menjadi panduan dalam menyediakan intervensi untuk menangani ketagihan skrin dalam kalangan belia dan remaja sekolah oleh pihak bekepentingan. Selain itu, konstruk kajian ini boleh digunakan untuk menguji ketagihan skrin di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia dan juga di sekolah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ketagihan Skrin; Ketagihan Internet; Belia, Komunikasi dan Media Sosial |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 24140 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 09 Sep 2024 02:09 |
Last Modified: | 10 Sep 2024 01:46 |
Repository Staff Only: item control page