Maisarah Yaacob, and Maharam Mamat, and Zaliza Mohamad Nasir, and Daing Zairi Ma’Arof, and Exzayrani Awang Sulaiman, (2024) Alam dalam antologi cakerawala Islam nusantara: satu analisis takmilah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 46 (1). pp. 83-97. ISSN 0216-5636
PDF
460kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1700
Abstract
Alam berperanan kepada pembentukan jati diri dan pembangunan kemanusiaan. Karya kreatif pula menjadi medium utama untuk mendidik manusia menjadi lebih baik, justeru karya seperti sajak menyelit unsur pengajaran secara kreatif dan berkesan. Pengkarya menjadikan alam sebagai imej dalam menyelitkan mesej kepada khalayak. Kajian ini bertujuan menganalisis perkaitan alam dan kesannya kepada manusia dari jurus pandang tujuh orang penyair yang terkandung dalam Antologi ‘Cakerawala Islam Nusantara’ (2023). Antologi ini mengandungi sajak garapan 203 orang penyair dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Penelitian ini menganalisis perkaitan antara alam dan kesannya kepada manusia dari sudut pandang Teori Takmilah. Analisis karya memfokuskan kepada prinsip ketujuh dalam teori tersebut, iaitu proses keilmuan digarap dalam karya sejajar dengan tujuan memupuk ke arah insan kamil. Kajian ini mendapati bahawa sajak yang dihasilkan tujuh pengarang terbabit berupaya menjadikan alam sebagai panduan kehidupan, seterusnya membentuk khalayak menjadi lebih baik sejajar dengan matlamat ketujuh dalam Teori Takmilah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Takmilah; Nature; Kemenjadian; Sajak dan keinsanan |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 24153 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 10 Sep 2024 07:32 |
Last Modified: | 13 Sep 2024 08:43 |
Repository Staff Only: item control page